Tampil dengan ruang persendirian dan kamar beradu di aras atas turut memberikan idea dekorasi hebat buat para pembaca. Laluan tangga ke aras atas, langsung tidak membosankan. Binaan struktur kaca tingkap labuh dan berbukaan luas, bukan sahaja membolehkan visual mata menikmati panorama landskap luaran yang terbentang hebat. Malah, setiap inci ruang diadun dalam bicara dekorasi yang menggamit kerehatan minda dan fizikal.