Tatkala menjejakkan kaki ke ruang dapur berkonsep Klasik moden ini, ilusi keluasan berganda jelas kelihatan pada pandangan mata apabila rona putih mendominasi ruangan ini. Rona putih polos menjadi pilihan, lantaran warna ini merupakan warna kegemaran pemilik serta menjadikan keseluruhan ruang dapur tampak lebih bersih, luas dan cukup elegan. Manakala, kemasan seperti palet logam pula menyuntik nilai estetika, memberi elemen malar segar, semula jadi dan bergaya pada ruang dapur.

Sengaja memilih warna putih yang mendominasi material pintu kabinet, pemilik mengakui tidak menggemari corak dan warna yang terlampau banyak. ” Saya tidak suka terlalu banyak corak dan warna. Oleh itu, saya memilih warna putih yang digandingkan bersama warna perak untuk kabinet dapur. Kemudian, saya tampilkan perabot atau perkakasan yang mempunyai warna yang menonjolkan sebagai kontras kepada warna putih ini,” kata pemilik. Pemilihan warna putih sebagai warna dominan ruang dapur ini bukan sahaja menyerlahkan gaya tetapi turut mencerminkan personaliti si pemilik yang begitu teliti dan sempurna dalam mendekorasi.

Selain itu, rekaan ruang kabinet bukan sahaja difikirkan untuk masa ini, tetapi telah mengambil kira penggunaan jangka masa panjang. Pemilik turut mereka ruang peti sejuk yang boleh ditambah kelak. Selain pemilihan kabinet dapur, kaunter top turut menjadi elemen penting dalam penataan gaya dapur minimalis. ” Pengenalan material solid surface berona putih yang dipadankan bersama kabinet putih dan perak ialah aplikasi lembut yang sepadu dengan konsep minimalis,” terang pemilik lagi.

Minat Warna Putih Wanita Ini Abadikan Di Dapur Rumahnya Ternyata Cantik, Luas, Kemas!

Minat Warna Putih Wanita Ini Abadikan Di Dapur Rumahnya Ternyata Cantik, Luas, Kemas!

Minat Warna Putih Wanita Ini Abadikan Di Dapur Rumahnya Ternyata Cantik, Luas, Kemas!

PENSTORAN SEMPURNA

Pereka juga mengilhamkan reka bentuk kabinet yang praktikal, kemas dan mengutamakan peletakan perkakasan dan peralatan dapur untuk kegunaan harian pemilik. Pereka menghadirkan rekaan full height cabinet berukuran 11 kaki bagi mengoptimumkan ruang penstoran pemilik di dapur.

IKLAN

 

Bukan itu sahaja, pemilik pula bijak mengatur dan membahagikan ruang penyimpanan agar ruang penstoran digunakan secara optimum dan memudahkan capaian ketika memasak. Susun atur penyimpanan barangan dan perkakasan pemilik pula diatur sempurna mengikut kategori penstoran. Penyusunan yang efisien ini juga dibantu oleh sistem laci bina dalam yang luas serta memudahkan pencarian barangan yang diperlukan pemilik. Bahkan, pemilik juga dapat menyimpan lebih banyak perkakasan memasak dengan lebih kemas dan tersusun.

 

“Ketika perbincangan bersama pereka dalam menentukan karakter kabinet dapur yang diinginkan, saya memang mahukan full height cabinet, drawers yang besar serta pintu yang senang dibuka seperti lift up door dan bar handle untuk memudahkan penyimpanan dan menyusun barang-barang yang banyak,” jelas pemilik.

 

PERANAN KAUNTER PULAU

IKLAN

Kehadiran kaunter pulau berukuran 6 kaki x 3 kaki, melengkapkan binaan di dapur indah ini. Ia didatangkan dengan material Quartz stone rona Blanco Norte yang kukuh dan versatil. Material ini turut melengkapi bahagian kaunter top pada kabinet dapur. Rona ini menyuntik wajah dapur yang tampak kemas dan bersih secara keseluruhannya. Dalam masa yang sama akan dijadikan sebagai lokasi penempatan pelbagai barangan dan memaksimumkan penstoran.

 

Bukan itu sahaja, bagi pemilik, kaunter pulau dan ruang dapur memainkan peranan penting bagi menjalin hubungan bersama anak-anak, ahli keluarga mahupun teman-teman yang datang berkunjung. Kaunter pulau menjadi medan interaksi antara mereka.

Minat Warna Putih Wanita Ini Abadikan Di Dapur Rumahnya Ternyata Cantik, Luas, Kemas!

 

IKLAN

Fungsi kaunter pulau ini tidak terhenti setakat itu. Bahagian dasar kaunter pulau dimaksimumkan fungsinya sebagai zon storan yang baik. Secara tidak langsung, ia membantu pemilik kediaman dari segi memudahkan capaian dan menyimpan perkakasan dapur berhampiran tempat memasak. Laci bina dalam juga dibina dengan lebih besar bagi memudahkan pemilik sekeluarga, apabila sering meluangkan masa di dapur kesayangan ini dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti berbual-bual sambil menikmati hidangan dan sebagainya.

Minat Warna Putih Wanita Ini Abadikan Di Dapur Rumahnya Ternyata Cantik, Luas, Kemas!

Minat Warna Putih Wanita Ini Abadikan Di Dapur Rumahnya Ternyata Cantik, Luas, Kemas!

 

Kepuasan jelas tergambar pada wajah pemilik, apabila dapur impian yang diidamkan menepati cita rasa yang diinginkan. Ternyata, pereka berjaya menjelmakan dapur bergaya Klasik moden yang elegan lagi efisien di dapur ini.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI