Tanaman berpasu secara kasarnya bergantung 100% kepada pemiliknya dari segi menyalurkan sumber nutrien dan air. Dan sebagai tanaman berpasu, ia mempunyai indikasi tertentu sebagai penanda aras tanaman tersebut hidup dengan baik dan subur. Tumbuh-tumbuhan yang sihat dikategorikan sebagai mempunyai saiz yang baik, pertumbuhan daun yang hijau dan sihat serta memiliki bunga yang kelihatan cantik dan menarik. Selain itu, tumbuhan tersebut perlulah kelihatan menyerlah dan subur dari setiap aspek pertumbuhannya.  Kuat, kukuh pada batangnya, bunga bersaiz normal dan banyak.

Apa yang menjadi persoalan adalah, kadang-kadang kita melihat tanaman berpasu tersebut kelihatan sihat dari segi pertumbuhan pokoknya. Tetapi masalah lain pula yang muncul iaitu sama ada bunga tumbuh terlalu sedikit ataupun warna bunganya kelihatan pudar dan sakit.

Tahukah anda simptom atau petanda yang ditunjukkan oleh bunga tersebut ialah ia mengalami kekurangan nutrien yang sepatutnya dibekalkan padanya.

Baca Part 1 di sini http://www.impiana.my/rahsia-bunga-lebat-dan-warna-menarik-untuk-pokok-dalam-pasu/

 

Fahami apa itu nutrien

IKLAN

Sebenarnya jika anda mempunyai ilmu secara asas mengenali dan mengesan simptom awal gejala yang melanda tanaman anda, anda boleh merawat dan mengatasi sendiri masalah tersebut tanpa merujuk kepada pakar tanaman. Apa yang penting pemahaman asas tentang keperluan nutrien pokok mestilah difahami serba-sedikit terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan jenis baja pada tumbuhan berpasu anda.

 

Tumbuhan memerlukan kombinasi tepat zat yang diperlukan untuk hidup, membesar dan membiak. Ini kerana jika terlalu sedikit atau terlalu banyak mana-mana satu nutrien yang dibekalkan, boleh mengundang masalah. Terdapat dua kategori nutrien yang kebiasaannya diperlukan oleh tanaman iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien adalah unsur-unsur yang diperlukan dalam jumlah yang agak besar. Ini termasuklah nitrogen, kalium, sulfur, kalsium, magnesium dan fosforus. Manakala mikronutrien adalah unsur-unsur yang diperlukan tumbuh-tumbuhan dalam jumlah yang kecil seperti besi, boron, mangan, zink, tembaga, klorin dan molibdenum. Harus diingat nutrien yang dibekalkan secara berlebihan juga akan menyebabkan toksik pada pokok seterusnya membawa gejala pokok mati atau sakit. Kata kuncinya adalah kuantiti pemberian baja mestilah tepat. Tidak lebih dan tidak kurang.

 

IKLAN

Teknik menggalakkan pokok anda berbunga lebat

Selain daripada rutin pembajaan dan siraman yang ketat dan disiplin, anda juga perlu membelai pokok berbunga anda untuk menggalakkan pertumbuhan bunganya. Ini dengan beberapa kaedah seperti mencantas (prunning) dan pinching. Cantas batang pokok untuk menggalakkan pertumbuhan tunas pokok yang baru. Dalam masa yang sama lakukan pinching iaitu dengan menggunakan jari seperti ‘mencubit’ tunas atau kudup bunga yang telah layu atau mati. Dengan kaedah ini anda akan memberi ruang untuk pertumbuhan bunga baru yang seterusnya.

Berbekalkan teknik pembajaan yang betul, hasilnya nanti pokok anda pasti akan berbunga lebat dan menyerlah warnanya kerana tumbuhan tersebut berjaya menyerap nutrien yang dibekalkan kepadanya dengan baik sekali dan dalam masa yang sama ia juga mendapat sumber air dan cahaya matahari yang secukupnya.

IKLAN

Langkah demi langkah menghasilkan pokok bunga berpasu.

  1. Isi separuh tanah dengan campuran baja ke dalam bekas tanaman atau pasu yang mempunyai lubang saliran.
  2. Kemudian masukkan anak pokok bunga (sebarang spesies berdasarkan minat anda) ke dalam bekas tanaman tersebut). Anda boleh menggabungkan dua atau tiga pokok ke dalam bekas tersebut untuk mendapatkan visual pokok yang padat.
  3. Setelah dimasukkan kesemua pokok, ratakan tanah sehingga menutupi root ball pokok bunga tersebut.
  4. Setelah selesai, siram pokok bunga tersebut kemudian tempatkan ia di lokasi yang menerima cahaya matahari secukupnya.

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI