Pintu lipat jenis plastik yang digunakan di tandas memang cepat rosak. Kebiasaanya, kerosakkan yang dialami adalah bilah pintu lipat tercabut dari klip atau landasan. Ada pula tu, pintu cantik lagi dan tak sampai setahun pun dah jadi rosak. Tapi nak ganti dengan yang baru sayang pula. Ini jalan penyelesaian paling mudah dan jimatkan poket anda. Tukar pintu lipat yang rosak tadi menjadi pintu biasa. Nak tahu macam mana? Tengok gambar yang telah disediakan ni.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebak Dan Kagum! Pasangan Suami Isteri Ini, Sanggup Berkorban Demi Seekor Kucing
Kasih sayang terhadap seekor kucing adalah perkara yang baik. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga mencintai kucing. Begitu juga dengan sepasang suami ini yang sayang akan seekor kucing betina yang mereka beli pada tahun 2012 tetapi hilang pada Mei 2021. Selepas itu, wanita yang berusia 35 tahun yang merupakan isteri itu, mulakan misi pencariannya untuk mencari kucingnya selama sebulan di kawasan perumahan mereka di Beranang, Hulu Langat di Selangor. Tapi malangnya, tidak berhasil. Ini mengakibatkan mereka sudah putus asa untuk membela kucing lagi. Walaubagaimanapun, satu keajaiban berlaku pada bulan Disember 2021, si suami itu terjumpa seekor anak kucing yang tanpa ibu sedang jalan. Pada saat itu lah, perasaan kasihan muncul untuk menjaga kucing tersebut. Jadi, kucing jantan yang mereka selamatkan itu pun, dibela dan diberi nama Aegi. Kucing sudah ada tetapi sangkar tidak ada untuk meletakkan kucing itu. Tiba-tiba, mereka sedar ada sebuah almari yang tidak digunakan dan berasa kesian untuk buang. Oleh itu, mereka bercadang untuk mengubah suai almari itu menjadi sebuah sangkar kucing.
Mengikut berita tersebut, sepasang suami isteri itu, mengambil kos sebanyak RM 150 untuk membeli bahan dan kelengkapan dan juga satu hari untuk menyiapkan sangkar kucing yang luas begitu. Mengikut apa yang dikatakan oleh mereka, mereka terasa mencabar dan tidak beranggapan ia akan jadi susah untuk mengubah suai almari tersebut menjadi sebuah sangkar kucing. Tambahan lagi, mereka juga mengatakan bahagian tengah almari tersebut, mempunyai kayu yang agak keras dan tebal. Apabila sudah siap mengubah suai, mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka sebab sangkar kucing yang mereka bina itu sangat luas dengan keluasan yang 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar.
Secara kesimpulannya, jika kita sayang terhadap seekor kucing, apa saja kita boleh buat untuk menjaganya. Seperti mana sepasang suami isteri ini, dengan membekalkan bahan-bahan tambahan yang kos rendah, mereka mampu untuk membina sangkar kucing yang lawa itu dari sebuah almari.
Sumber: Mstar, Penulis: Iwan Shu- Aswad Shuaib
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Air Dari Sinki Melimpah Sampai Ke Lantai Guna Getah Ni
Siapa selalu alami air dari sinki bukan sahaja melimpah di atas “table top” malah lebih teruk meleleh ke lantai dapur? Hal ini sering berlaku apabila struktur kabinet dapur yang dibina tidak mengambil kira aliran air permukaan yang betul.
Hal ini akan menyebabkan anda perlu sentiasa lap air yang melimpah pada lantai. Jika tidak, ia akan menyababkan lantai dapur mudah kotor. Sebanarnya, ada satu penyelesaian yang paling mudah dan boleh dilakukan sendiri.
Penyelesaian mudah ini telah dikongsikan oleh Abeho Fadlulah di dalam group Tukang Apa Hari Ini iaitu menggunakan Shower door dam water stopper
Alat ini kebiasaanya digunakan untuk menghalang air dari ruangan mandi terutamanya bagi bilik air berkonsepkan kering. Beli online lebih mudah dan murah. Boleh klik link ni untuk belian terus https://invol.co/cl1lb7d
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petua “Rebus” Kuali Berkesan Tanggalkan Kerak Hitam
Bahagian belakang kuali yang hitam boleh menunjukkan betapa kerapnya pemilik memasak. Walaupun ada yang berpendapat semakin tebal kerak kuali, semakin sedaplah masakan nya, tidak dapat dinafikan yang keadaan itu juga sedikit sebanyak menggambarkan tahap kebersihan kita.
Jadi buat anda yang dah tak tahan tengok kerak-kerak hitam tu bolehlah cuba petua yang dikongsi KiLa Aurora di laman Facebook ini. Trik berguna ini dipelajarinya melalui video di YouTube dan ternyata ia berkesan mengembalikan kilat pada kuali. Tak perlu lah beli yang baharu. Jom kita semak
Kilatkan Kembali Kuali Berkerak
Semalam punya projek sental bontot kuali. Gambar sebelum tak ada sebab tak sanggup nak snap.
geram punya pasal tengok periuk kuali YouTuber Sugu tu berkilat bagai so acik pun nak la juga..
Bahan-bahannya :
1. 2 biji buah lemon
2. Baking soda
3. Sabun buku
4. Berus dawai
Langkah-langkahnya :
- Panaskan Panaskan air dalam periuk besar
- Kemudian rendam kuali yang berkerak. Kila biar je sampai mendidih, geram punya pasal.
- Apabila dah mendidih, tutup api dan diarkan kuali berendam
- tempoh rendam adalah 2 jam. Lagi lama lagi ‘boek’ bergantung kepada tahap ketebalan kerak pada kuali
- Angkat kuali kemudian kikis kerak tebal menggunakan pisau..mudah je dia tanggal.
- Agak-agak dah boleh gosok, gosok pakai berus dawai dan sabun mandi fruitale. Katanya elok guna sabun kuning kedai eco. Tapi Kila tak ada sabun tu.. sama je boleh kilatkan juga..
P/S : GOSOK TANPA AIR
Dengan kemahuan yang memuncak dan kudrat yang tinggi, Insyallah petua ini akan menjadi.
Sikit2 tu buat kemudian takpa sbb anak2 dah tak boleh bg kerjasama
Tangan bahu memang sakit ya… malam tadi pun tak boleh tidur, bangun sahur ok dah…
Kuku jari tak payah cakap la.. haha. Tapi harini dah elok balik kuku saya.
Tak kisah janji puas hati!
SELAMAT MENCUBA!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI