Chandalier, lampu indah cantik dan megah selalunya ditempatkan pada ruang tamu atau sisi ruang hadapan mahu pun tangga. Namun rata-rata ramai di kalangan kita yang masih beranggapan chandalier itu perlu sarat dengan kristal dan sebagainya. Ia secara tidak langsung menjadikan lampu ini terbatas penggunaannya.
PESONA DRAMATIK DENGAN REKAAN KLASIK YANG MENAWAN. SILING TINGGI MESTI NAMPAK CANTIK.
DUA ILHAM MODEN KLASIK YANG MENGGABUNGKAN ELEMEN KLASIK DAN IDEA SEGAR. SENTUHAN UNIK MEMBERI PESONA BERBEZA.
Kini pereka memberi pelbagai pilihan buat anda. Lampu megah dengan bentuk besar mencuri tumpuan anda kini boleh didapati dalam pelbagai rekaan. Janga terkejut jika ada lampu seumpama ini di dtangkan dalam bentuk rustik, globe, bentuk arca dan pelbagai lagi ilham moden yang menepati selera tuan rumah muda.
ILHAM SEGAR CHANDALIER BERBENTUK GUGUSAN BERRY TERUNGKAI DENGAN INDAH DAN SESUAI UNTUK KEDIAMAN MODEN KONTEMPORARI
Malah anda boleh dapati dari harga mampu milik sehingga mahal yang bersesuaian dengan material yang digunakan. Mungkin tidak semua yang mapu emiliki lampu berjurai indah ini kerana faktor aras siling tetapi masih terdapat chandalier yang bersaiz kecil buat anda yang merupakan peminat rekaan lampu seumpama ini. Cuma tempatnya lebih sesuai di hujung sudut kediaman dari di tengah ruang.
BENTUK DAN GARISAN, INSPIRASI KEDIAMAN MODEN
ANDA BERANI?
TIGA IDEA REKAAN BERBEZA YANG MEMANCARKAN PERSONALITI TUAN RUMAH DARI MODEN, KE KLASIK KE KONTEMPORARI. ILHAM INDAH YANG UNIK BUKAN SAHAJA MENJADI PEMANCING MATA MALAH MENJADI FOKUS KEPADA RUANG.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jejaka Ini Belajar Dari YouTube Menukang dan Ubahsuai Kediaman
Tidak ada yang mustahil untuk memiliki sesuatu kalau ada tekad dan semangat untuk mendapatkannya. Sama seperti menghias rumah. Ramai yang mengeluh dek disebabkan kos yang melebihi bajet. Namun tidak bagi seorang jejaka yang latar belakang nya adalah seorang jurugambar. Tak ada langsung pengalaman menukang dan menghias. Bila kos ubah suai yang melampau disamping kontraktor tidak boleh buat mengikut rekaan yang telah diilhamkan, jejaka ini nekad belajar dari youtube dan buat kajian sendiri.
Nah… Tengok hasilnya. Mampu jimat 3x ganda dari harga yang diminta kontraktor. Nak tahu cerita sebenarnya? jom baca perkongsian yang telah di berikan.
Setahun saya ambil untuk siapkan, cuma 3 bulan kebelakangan ini saya fokus. Alhamdulillah, orang kata hendak seribu daya, tak mahu hendak seribu dalih. Puas hati kerja tangan sendiri dan bantuan rakan.
Saya bermula dengan draf menggunakan perisian 3D “Sketch Up”. Saya bina ruang rumah dalam perisian ini, bermula dengan wiring, pemilihan skema warna, kemudian shading dan lighting, pemilihan lampu, bulb etc. Saya membuat survey secara menyeluruh di laman web untuk mendapatkan tema “modern minimalist home decor”.
Pemilihan flooring juga dibuat berdasarkan skema warna disambung dengan susun atur perabot. Saya masukkan semua detail ke dalam perisian “Sketch Up” dari sekecil-sekecil suis, pilihan foto sehinggalah susun atur perabot. Saya mulakan dengan planning bagi memastikan penggunaan budget adalah minimum. Senang cerita paling jimat.
Masalah bermula bila “idea” nak diterjemahkan kepada “reality“. Saya bermula daripada survey kedai-kedai untuk mendapatkan harga termurah. Selain itu, setiap yang dibeli perlu mengikut idea dan perlu “under budget” Bukan mudah. Sangat susah. Hampir ditipu dengan pembekal, barang tak sama masa dapat sebut harga dan macam-macam lagi. Paling “frust” bila barang tiada dan perlu alternatif lain. Minggu ni survey lampu, next week lighting dan seterusnya.
Bagi mengunakan budget secara optimum, saya list barang agar tidak membazir atau terbuang. Ukuran perlu tepat. Contoh nya untuk cat, saya akan buat pengiraan berapa liter yang diperlukan. Begitu juga flooring, wiring, jubin bilik air dan lain-lain. Sebabnya semua barang ini dibeli oleh saya terus dari pembekal. Sebarang kesilapan adalah kesilapan saya sendiri.
Barang-barang dibeli mengikut fasa kerja yang akan dibuat. Disebabkan dah terbiasa dengan “Microsoft Project” saya pastikan planning dan budget seiring. Saya bermula dengan wiring baru. Setiap wiring perlu diuji selepas dipasang, sebab lepas ini semua dah dalam dinding. Masa kerja-kerja hacking, beberapa kali dimarah dengan jiran sebab, saya buat hari minggu. Nak buat macam mana. Kerja diteruskan ke toilet, plaster ceiling dan penukaran pintu.
Kerja kerja di atas tak semua saya buat sendiri. Untuk plaster ceiling dan piping toilet saya perlukan bantuan. Begitu juga kerja kerja memecah jubin toilet asal. Setelah siap kerja-kerja sebelum ini, pemasangan jubin toilet dilakukan. Kemudian saya mulakan proses melicinkan dinding untuk coloring. Ambil masa dan memenatkan.
Guru saya YouTube. Hahahaha. Macam mana pun banyak juga kesilapan yang saya buat. Contohnya saya terpaksa cat semula rumah disebabkan tersilap penggunaan cat primer. Benda basic pun boleh salah. Cat balik. Sakit badan juga lah buat kerja kerja mengecat ni. Berapa banyak layers lah nak buat.
Setelah siap, ini masa yang saya paling suka, pasang lampu. Sebab masa ni, dah nampak bagaimana shading yang kita pilih akan naik. Sampai ambil cutilah. Bengang kalau ada short kat mana-mana wiring atau bulb rosak. Kena pergi kedai balik tukar. Then buat tiang pemisah. Plywood digabung digam. Untuk finishing, tampal dekat pelekat kayu.
Siap lighting, flooring pulak. Ni pun ambil masa. 3 hari sebab bukak balik sebab tak kemas. Baru belajar katanya. Saya gunakan Solid Hardwood untuk ruang tamu, bilik. Untuk Vinyl, saya gunakan di dapur dan kawasan hadapan tandas. Untuk pastikan skema warna adalah sama, sekali lagi saya guna “Sketch Up”. Saya dapatkan sample dan masukkan dalam 3D modeling.
Ok, seri dah naik. Masa untuk dekorasi. Saya mulakan dengan pemasangan bingkai gambar. Saya gunakan 32 photo yang saya ambil sendiri mengikut tema. Black and White, landscape view, people portrait, best photo, moment dan tribute. Nasib baik Fotokem bagi baucer printing, saya save dalam RM 600++ untuk printing. Bila dah siap, dah gantung, pasang lighting, cunlah. Suka sangat.
Seterusnya perabot, saya cuba untuk menerapkan “modern minimalist home decor”. Penggunaan perabot mesti ada nilai tambah pada ruang. Tidak perlu beli semua jika tidak digunakan. Lagipun rumah saya duduk sekarang dah banyak sangat barang. Nanti double perabot pula.
Pemilihan perabot juga telah dipilih semasa planning, dah saya terpaksa survey di IKEA untuk memastikan mengikut planning. Pemasangan perabot juga mengambil masa kerana ada yang perlu dipasang sendiri dan digantung. Contoh kitchen cabinet, tv cabinet, sink, toilet cabinet, mirror dan lain lain. Sekali lagi kena marah dengan jiran sebab buat bising masa drilling.
Then siap, masanya untuk sentuhan, langsir semua dibeli di Nilai 3, murah berbanding ambil upah atau di kedai home decor. Jauh beza. Saya sebenarnya tak suka langsir. Cuma ruang balkoni sahaja gunakan langsir. Yang lain gunakan tirai. Lebih nampak ringkas dan moden.
Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Mulanya macam tak percaya juga. Dalam hati, boleh juga aku buat benda benda ni semua dengan tangan 4 kerat ini. Kira boleh bertukang rupanya aku. Hahahahaha.
Bila kira-kira balik, saya dapat jimat yang amat sangat. Ini kerana sebelum mula kerja, saya ada dapatkan sebut harga. Harga untuk ubah suai adalah 3 kali ganda dari apa yang saya belanjakan. Semua resit saya simpan untuk track budget.
Lagi satu, kenapa saya ambil keputusan untuk buat sendiri, banyak kontraktor tak mahu ikut design yang saya buat. Katanya yang dicadangkan lebih cantik. Tp sebenarnya bila ikut kata kontraktor, kalau ada ribuan RM, semua boleh jadi. So, sebab dah frust, lebih baik buat sendiri.
Post saya ini hanyalah cuma berkongsi keseronokan bertukang sendiri dari A sampai Z. Banyak benda saya belajar dan kesabaran adalah kunci untuk melakukan kerja mcm ini. Sampai satu ketika, dalam hati kata “sudah lah, penat lah nak fikir. Baik buat benda lain” Tapi sikit-sikit saya pujuk diri dan kerja pun jalan balik.
Lagi satu, terima kasih yang membantu. Kalau takde orang bantu, tak jalan juga. Terima kasih atas pinjaman tenaga dan masa. Terima kasih juga yang pinjamkan peralatan. Sayang semua
Yes!!!!, saya berjaya. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Puas hati kerja tangan sendiri. Dari kosong rumah ni, sikit sikit, Alhamdulillah, siap.
PS: Untuk info, saya bukan bekerja bahagian Interior Designer. Ini hanya hobi, di samping itu, saya pemain photography, boleh lawat hasil kerja saya di facebook.com/fairuskhafizphoto ???
Sumber: Fairus Khafiz Photo
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Takut Tersalah Pilih Warna Cat Dinding? Boleh Cuba Cara Ni!
Tidak dinafikan mesti ada dikalangan anda yang berasa bimbang atau sekiranya tersalah membuat pilihan warna cat dinding rumah untuk tampak cantik.
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang kerana anda boleh memilih warna cat yang tepat dan bersesuaian untuk dinding rumah dengan mengunakan bantuan aplikasi Nippon ColorCreation.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti langkah ringkas yang telah disediakan.
Pertama, anda harus memuat naik aplikasi Nippon ColourCreation di telefon pintar menerusi App Store dan Google Play Store.
Seterusnya, anda klik butang ‘+’ kemudian ‘Add a photo’ dalam aplikasi tersebut seperti yang tertera pada gambar.
Selepas itu, muat naik gambar dinding rumah anda sebelum memilih warna cat kegemaran anda di ruangan ‘Colour Creations Palette’ yang tersedia lebih daripada puluhan pilihan warna.
Hasilnya, anda boleh melihat sekiranya warna cat tersebut bersesuaian atau pun tidak mengikut citarasa masing-masing.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk melihat hasil sebelum dan selepas dengan mengunakan aplikasi ini
Kalau pilihan warna sudah berkenan di hati, jadi anda dah boleh cepat-cepat terus pergi beli dan cat dinding rumah dengan segera.
Dengan langkah ini, anda bukan sahaja tidak lagi akan berasa bimbang jika tersalah pilih warna cat tetapi dapat juga menjimatkan masa anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Nippon Paint Malaysia
Baca artikel seterusnya di bawah;
“Makeover” Pagar Guna Shera Plank, Modal Tak Sampai RM 300 Pun
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Balkoni, Syurga Kecil Yang Dilupakan
Kediaman bertingkat sememangnya bertuah mempunyai balkoni . Apatah lagi yang berhadapannya itu pemandangan indah baik kota metropolitan, gunung ganang, lebuh raya atau apa sahaja. Ruangnya juga pelbagai. Ada yang sederhana besar ada juga yang cukup seadanya dan ada juga yang bertuah mempunyai balkoni besar yang cukup selesa.
Sayangnya fungsi balkoni kini sudah kian mati. Dari tempat mengambil angin, menyendiri atau bercucuk tanam mahu pun kenyit-kenyit mata dengan anak dara blok hadapan, balkoni lebih dilihat menjadi stor tempat kita meletakkan segala benda buruk untuk tontonan umum. Mungkin bukan semua pemilik balkoni begitu tetapi ada yang kurang pintar memanfaatkan ruang ini.
Menjemur kain? Itu tidak hairan kerana desakan ruang yang ada namun boleh kita serikan ruang itu dengan pelbagai usaha. Daripada gantungan pokok-pokok berbunga, orkid misalnya ke pokok daun hiasan yang hisar segar. Tidak perlu rimbunan yang keterlaluan.Ada juga yang menyatakan balkoni sekadar sisa ruang yang tidak perlu diberi tumpuan kerana jarang sekali ke sana. Sudahnya ruang tambahan ini dilupakan.
Jika mempunyai anak kecil atau kucing, ditambah jaring sebagai langkah keselamatan. Pokok -pokok renek disusun sepanjang balkoni. Lantainya juga dialas sama ada ambal atau kemasan kayu mudah pasang untuk taman. Serikan dengan kerincing angin, bantal-bantal kecil untuk anda sendiri bersantai, mengambil angin petang atau membaca. Kita adakalanya tertekan menetap di ruang kecil namun jangan kita rosakkan pula ruang santai yang disediakan khas untuk kita.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI