Musim perayaan, kejadian pecah masuk dan kecurian meningkat tinggi. Selain memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan selamat sebelum pulang beraya (untuk artikel lengkap,klik sini)  hal ini disebabkan ramai penghuni pulang ke kampung dan si penjenayah mengambil kesempatan tersebut untuk memecah masuk kediaman. Baru nak beraya dengan gembira. tiba-tiba dapat maklumat yang menyedihkan. Pernah dengar tak ada rumah yang dipecah masuk habis kosong dicuri perompak. Jiran ingat, si mangsa pindah rumah. Ha, Nampak tak berapa pentingnya berbaik-baik dan saling mengenali jiran tetangga. Menurut Polis Diraja Malaysia, Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kediaman anda mudah atau menjadi mangsa pencuri.

Bila kes pecah rumah sering berlaku?

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.

2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.

3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.

2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.

3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.

IKLAN

4. Hentikan penghantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.

6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.

7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.Petua Elak Jadi Mangsa Pecah Rumah Daripada PDRM Dan Doa Yang Perlu Anda Amalkan

8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).

9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).

IKLAN

Petua Elak Jadi Mangsa Pecah Rumah Daripada PDRM Dan Doa Yang Perlu Anda Amalkan

10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.

11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.

13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:

IKLAN

1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

2. Pasang “door viewer” dan penyelak di pintu utama.

Petua Elak Jadi Mangsa Pecah Rumah Daripada PDRM Dan Doa Yang Perlu Anda Amalkan

3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.

4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.

5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

6. Amalkan doa ini

Petua Elak Jadi Mangsa Pecah Rumah Daripada PDRM Dan Doa Yang Perlu Anda Amalkan

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI