Menyahut cabaran 3R (reuse, reduce, recycle) seorang ibu kreatif berkongsi aktiviti cuti sekolah bersama anak nya untuk membuat table mat daripada penutup botol. Segalanya bermula apabila, setiap kali menyapu si ibu berjaya mengumpulkan penutup botol yang ditinggalkan oleh anak-anak. 

Sapu belakang sofa jumpa tutup botol, sapu bawah kabinet tv jumpa lagi, selak langsir pun jumpa lagi tutup botol. Asal balik sekolah bawak botol air asal bawak botol air dia orang sekolah.. Cehh. Mehlah kumpul bebanyak tutup botol plastik ni. Dah cukup memberangsangkan kita pi cantum depa jadi pengalas (guna gam kuat naa). Projek kitar semula cuti sekolah ni.

Sape nak cuba??? Aktiviti cuti sekolah dengan anak anak riang. Sesuai untuk anak-anak umur 3 tahun hingga 12 tahun. Mak budak ayah budak pun boleh je isi masa lapang.

CARANYA: Susun penutup botol mengikut kreativiti anda dan lekat dengan menggunakan gam panas (hot glue). Terlebih rajin, buat lubang di bahagian cantuman dan ikat menggunakan dawai.  

Penutup Botol Jadi Table Mat Comel Untuk Anak-anak

IKLAN

Penutup Botol Jadi Table Mat Comel Untuk Anak-anak

IKLAN

Penutup Botol Jadi Table Mat Comel Untuk Anak-anak

IKLAN

Sumber: Cik anor nurwati 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI