Permaidani merupakan item penting yang mampu menyempurnakan dekorasi serta konsep kediaman anda. Namun, ramai tidak mengetahui setiap jenis permaidani mempunyai fungsi yang tersendiri bagi setiap ruang kediaman. Jom ketahui lebih mendalam tentang jenis-jenis dan kriteria rekaan permaidani yang sesuai untuk setiap ruang di kediaman supaya anda lebih bijak membeli kelak.

 

BILIK TIDUR

Penting! Beli Permaidani Tepat Ikut Fungsi Ruang, Bukan Main Letak Sahaja

Permaidani yang sesuai buat kamar tidur yang tenang dan harmoni ialah permaidani jenis tenun kapas, wool dan sutera berwarna terang pastel. Ia mampu memberikan keselesaan kepada anda sebaik melangkah memijak nya. Elak daripada memilih permaidani jenis gelap dan bercorak untuk ruang kamar tidur kerana ia tidak sesuai.

 

 

IKLAN

RUANG TAMU

Penting! Beli Permaidani Tepat Ikut Fungsi Ruang, Bukan Main Letak Sahaja

Pemilihan permaidani pada ruang tamu amat penting kerana ia perlu mengikut konsep serta saiz sesebuah ruang tersebut. Pilih permaidani jenis wool pile cut, ekoran dekorasi  ruang tamu kadar trafiknya yang tinggi. Fabrik jenis ini amat mudah dibersihkan, kurang berbulu daripada sutera, kapas atau nilon. Antara reka corak yang sesuai buat ruang seperti warna bertentangan dengan warna latar, bercorak abstrak, geometri ataupun flora.

 

PINTU MASUK

Penting! Beli Permaidani Tepat Ikut Fungsi Ruang, Bukan Main Letak Sahaja

IKLAN

Untuk pintu masuk iaitu pada bahagian dalam pintu masuk pilihlah permaidani yang tidak terlalu besar dan mendominasi ruang hadapan pintu. Material permaidani perlulah bersifat tahan lasak dan menyerap air kerana hamparan di ruang ini akan menyerap lebih kotoran luar sebelum melangkah  ke dalam kediaman. Oleh itu, pemilihan permaidani jenis ini jarang digunakan kerana pemilik lebih gemar menggunakan alas kaki.

 

 

RUANG MAKAN

Penting! Beli Permaidani Tepat Ikut Fungsi Ruang, Bukan Main Letak Sahaja

IKLAN

Bagi ruang makan, permaidani yang dipilih haruslah lebih besar daripada ukuran meja makan. Material bersesuaian untuk ruang makan ialah permaidani jenis wool pile cut kerana ia mempunyai daya tahan geseran kerusi meja makan.

 

 

 

BILIK AIR

Penting! Beli Permaidani Tepat Ikut Fungsi Ruang, Bukan Main Letak Sahaja

Siapa kata tiada permaidani khas untuk bilik air? Sebenarnya ia ada, permaidani untuk bilik air diperbuat daripada material kapas dilapisi getah pada bahagian bawah yang serap air. Jangan sesekali memilih permaidani warna pastel kerana ia akan cepat kotor dan .

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI