Oktober 2017 – Penantian telah berakhir apabila Index Living Mall dan IMPIANA telah mengumumkan 33 orang pemenang Peraduan Bonanza Raya Index Living Mall; sempena musim perayaan July lalu. Pertandingan ini disertai lebih 1000 penyertaan daripada pelanggan yang datang membeli belah di Index Living Mall melalui resit pembelian mereka.
Pemenang utama iaitu Puan Roziana binti Ahmad menerima baucer pembelian Index Living Mall bernilai RM2,000. Penyerahan hadiah telah diadakan secara tidak lansung di Index Living Mall cawangan IOI, Puchong dan disampaikan oleh pihak Index Living Mall dan IMPIANA kepada pemenang pada.
“Saya berasa amat terkejut pada mulanya apabila dihubungi oleh IMPIANA dan diberitahu bahawa saya merupakan pemenang bagi peraduan ini. Saya menghantar penyertaan dengan resit pembelian RM150 di sini pada Julai lalu dan kini saya telah memenangi baucer bernilai RM2,000. Terima kasih Index Living dan Impiana”, jelas Puan Roziana.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia
Pusat membeli-belah IOI City Mall dikhabarkan bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan.
Dengan kedudukan lokasi strategiknya yang terletak di pusat peranginan IOI Resort City, ia bakal menjadi tumpuan lebih 3.1 juta pengguna dari perbandaran berhampiran di selatan Lembah Klang, iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Sepang, Puchong dan Seri Kembangan.
Pembukaan Fasa Kedua IOI City Mall akan mempunyai secara keseluruhan 14 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran yang bakal dinikmati orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow dalam satu kenyataan berkata IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan tambahan satu juta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih bagi keseluruhan kawasan, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan IOI City Mall kepada 2.5 juta kaki persegi.
“Selain peruncitan, pusat beli-belah ini menyediakan IOI City Farm, ruang seluas 18,000 kaki persegi yang menyediakan aktiviti mesra keluarga untuk mempelajari tumbuhan dan haiwan,” katanya.
Pameran didik hibur yang baharu itu terdiri tiga zon iaitu Zon Tumbuhan, Zon Haiwan dan Zon Akuatik untuk pengunjung memerhati dan berinteraksi dengan lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil dan comel serta ikan.
Pusat beli-belah itu akan mengetengahkan “IOI Grand Exhibition and Convention Centre”, sebuah dewan berkeluasan 40,000 kaki persegi dengan kemudahan terkini yang boleh menampung 2,000 jemputan jamuan perkahwinan dan kira-kira 3,000 perwakilan untuk persidangan selain daripada pusat sukan di atas bumbung dengan 15 gelanggang badminton dan dua arena futsal.
Sumber: tvstv.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Bawah Kuali Hitam Macam Ketiak Berkerak, Guna Sabun Cap Buruh Sahaja Untuk Hilangkan!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
2021 Warna Lebih Berani Jadi Pilihan Akzonobel
Setiap tahun, seluruh syarikat cat di dalam dunia akan menghasilkan warna mengikut trend. AkzoNobel turut tidak ketinggalan dalam menghasilkan warna untuk trend 2021. Pengeluar cat Dulux yang mendapat tempat dihati pelanggan sejak bertahun lagi, membuatkan ramai yang menantikan apa warna trend untuk tahun hadapan. Agak anda apa warna tahun kali ini? Kelompok tona warna apa yang menjadi pilihan Dulux tahun 2021 ini. Jom kita lihat warna apa yang menjadi pilihan dunia. Mana nak tahu kalau nak tukar cat rumah ikut trend 2021.
Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) telah dilancarkan sebagai Warna Tahunan untuk AkzoNobel, peneraju cat dekoratif dan salutan serta pengeluar cat Dulux. Ia adalah nada warna bumi yang neutral dan lembut untuk memberi kita keberanian untuk menerima perubahan.
Di kala pelbagai peristiwa dan pengalaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini menjadi perkara biasa, tidak hairanlah jika ramai yang berasa semakin hilang keharmonian dengan dunia moden. Menurut kajian trend global kami yang meluas, manusia sekarang perlu merasakan bumi yang mereka pijak. Apabila kita boleh berasa selesa dengan perkara-perkara yang ringkas/mudah/sederhana, kita berkeyakinan untuk mengekspresikan diri sendiri, berpegang kepada apa yang kita percaya dan membuat hubungan baru dari masa lalu dengan masa hadapan.
“Tahun ini, kami memilih Warna Pilihan yang boleh memberi kita asas kukuh sewaktu berada dalam tempoh yang menggoyahkan. Brave Ground adalah nada warna yang meneguh dan menyeimbangkan, sambil menghubungkan kita kembali dengan bumi. Warnanya lembut dan semula jadi neutral. Ini membangkitkan kestabilan, perkembangan serta potensi di samping mewujudkan rasa ketenangan,” kata David Teng, Pengurus Besar Kluster, AkzoNobel Decorative Paints Southeast Asia Pacific.
“Penyelidikan trend tahunan yang kami jalankan bersama pakar reka bentuk terkemuka diterapkan dalam perniagaan cat dan penyalut kami,” kata David Menko, Ketua Pegawai Pemasaran AkzoNobel. “Pasukan reka bentuk kami menggunakan cerapan itu bagi menghasilkan warna dan kemasan yang menjadi ikutan dan sesuai dengan kehendak pasaran, untuk pelanggan kami bagi cat hiasan, seni bina, aeroangkasa, automotif, pengguna elektronik dan penyalut kayu.”
Warna-warna neutral seperti Brave Ground boleh tampil menyerlah secara bersendirian atau membantu warna lain untuk tampak berseri. Palet warna pelengkap pula direka sepusar warna berkenaan untuk menjadikan ia mudah digunakan dan mencapai penampilan yang tepat. Empat palet akan membantu pengguna cat hiasan memilih warna yang menjadi ikutan dengan penuh yakin: palet Expressive, Trust, Timeless dan Earth.
Empat palet warna yang terbina dari Brave Ground mengambil nada warna neutral ini dalam arah yang sangat berbeza. Memenuhi keperluan yang mengkhusus, setiap palet membolehkan pengguna berasa cukup yakin untuk mengekspresikan diri mereka dengan warna:
- Warna palet Expressive menyerlah dengan nada merah dan merah jambu yang diseimbangkan oleh kelembutan semula jadinya – memberikan keberanian untuk anda menjadi diri sendiri.
- Palet warna Trust membawakan rona bumi dari seluruh dunia untuk mendorong kolaborasi dan rasa kekitaan – menawarkan ketenteraman dalam hubungan.
- Palet warna Timeless meraikan yang lama dan yang baru dengan nada kuning, kuning kecoklatan dan neutral lembut – memberi inspirasi untuk membina masa lalu.
- Palet warna Earth menghubungkan kita ke dunia semula jadi dengan gema nada biru, hijau dan coklat dari laut, langit dan tanah – memberikan kita keberanian untuk menyesuaikan diri
“Apabila pengguna berusaha untuk mengubah wajah kediaman mereka, mereka temui keyakinan dalam kepakaran dan bimbingan warna dari kami,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Estetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya penyelidikan warna global menjadi agenda utama kami setiap tahun.”
Sebagai tambahan kepada Cat Hiasan, lain-lain perniagaan yang bersandarkan kepada warna, seperti Automotif dan Salutan Istimewa, Salutan Serbuk dan Salutan Kayu, menggunakan palet yang serupa. Setiap perniagaan menyesuaikan palet salutan mereka mengikut kemahuan pelanggan dari segi warna, tekstur dan permukaan. Banyak pasaran yang memanfaatkan Warna Tahunan, termasuklah pengguna dan spesifier, aeroangkasa, automotif, pengguna elektronik, perabot, peralatan domestik, kabinet, pengeluar produk lantai dan binaan serta industri seni bina.
Menko menambah, “Warna memainkan peranan yang penting dalam dunia ini – ia membantu kita mengekspresikan diri sendiri. Warna Tahunan pula membantu kami berkongsi minat terhadap cat untuk menolong pelanggan dan pengguna kami membezakan diri dan produk mereka.”
Untuk keterangan lanjut mengenai Warna Tahunan 2021, kunjungi https://www.akzonobel.com/en atau ikuti #CF21 di media sosial.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
IKEA Kini Sudah Ada Pusat Pengambilan Di Ipoh, Caj Bayaran Cuma RM98 Sahaja!
Bagi anda yang menetap di sekitar bandaraya Ipoh, Perak ingin membeli barangan kelengkapan rumah dari gedung IKEA boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian.
Sebelum ini, IKEA telah mengenakan kadar bayaran serendah RM163 bagi kos penghantaran ke rumah sekitar kawasan negeri Perak Darul Ridzuan.
Kini, selain penghantaran terus ke rumah, para pelanggan juga yang menetap di sekitar bandaraya Ipoh, boleh memilih untuk pembelian anda dihantar ke rumah atau ambil di lokasi pengambilan IKEA cawangan Ipoh.
Jika anda telah memilih untuk mengambil barangan pembeliandi lokasi pengambilan, anda hanya dikenakan kadar bayaran serendah RM98 sahaja untuk kos penghantaran.
IKEA – Lokasi pengambilan Ipoh
B-1-17, Medan Botani,
Pusat Komersial Botani Village,
Medan Botani 1A, Bandar Seri Botani,
31350 Ipoh, Perak
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Rangka Katil LEIRVIK Paling Laris & Digemari Ramai, Sudah Lebih 13 Tahun Di Pasaran Ikea Malaysia!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI