Bumbung dan siling adalah elemen paling penting bagi setiap kediaman. Tidak lengkap jika kediaman tanpa bumbung berkualiti untuk berfungsi melindungi keluarga tersayang daripada cuaca yang sukar.

Pelaburan untuk memasang bumbung adalah untuk jangka masa panjang,  maka anda perlu bijak untuk memilih bumbung yang tahan lasak. Untuk membuat keputusan yang amat penting, inilah 5 ciri yang perlu ada pada setiap bumbung yang berkualiti dan tahan lama wajib anda tahu, sebelum meminta kontraktor memasang bumbung.

1. Bumbung mestilah mempunyai ketahanan yang tinggi untuk menahan sebarang jenis cuaca dalam tempoh yang panjang (15-20 tahun). Pilihlah bumbung yang mempunyai lapisan aluminium atau bersalut keluli kerana ia dapat memberi pelindungan berganda yang lebih berkesan dan panjang. Bumbung berkarat akan menyebakan kebocoran bumbung dan ia perlu dibaiki secepat mungkin.

2. Biasanya bumbung akan berlaku kakisan akibat daripada tindak balas antara kelembapan dan udara, khasnya di kawasan tropika yang kerap hujan dan panas. Pilihlah bumbung bersalut keluli Aluminium-Zink yang merupakan teknologi terbaru dalam pasaran yang mampu melambatkan process kakisan dari berlaku.

3. Jika anda seorang yang mementingkan kualiti dan dalam masa yang sama inginkan bumbung yang mempunyai rupa bentuk moden dan menarik, Bluescope ZACS®adalah jawapannya! Terdapat lebih daripada 20 warna menarik untuk dipilih, dari siri BlueScope ZACS(R) Natural mempunyai tekstur berkedut pada permukaan bumbungnya. Dari jauh kelihatan bersinar-sinar disimbah cahaya matahari. Mesti unik dan reflect citarasa anda!

4. Bumbung berkualiti biasanya akan membuatkan kediaman rasa lebih sejuk dan nyaman kerana teknologi salutan cat yang mampu merendahkan suhu permukaan bumbung, dan seterusnya merendahkan suhu dalaman.

5. Andai produk tersebut berkualiti, biasanya ia mempunyai jaminan tahan kakisan daripada pengeluar. Bluescope ZACS® menawarkan jaminan 10 tahun kerana teknologi Australia ini ternyata telah terbukti kehebatannya.

Ditubuhkan sejak 1996 di Malaysia, NS BlueScope Malaysia adalah peneraju dan lambang keluli bersalut premium untuk bumbung, façade siling, dinding dan aplikasi struktur  yang  unggul.  Hubungi  talian perkhidmatan pelanggan kami 1300 88 6288 atau email  enquiries@bluescope.com  untuk maklumat lanjut berkaitan  produk  kami.

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: