Baja kompos mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada tanaman. Namun ada antara kita tertanya-tanya apakah bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai baja kompos. Tahukah anda sisa bahan buangan terdiri daripada dua kategori iaitu bahan buangan hijau dan bahan buangan coklat.

Sisa buangan hijau mengandungi kandungan nitrogen dan kadar kelembapan tinggi di samping boleh di kompos dengan cepat dan mudah. Antara sisa buangan yang tergolong di dalam bahan sisa hijau ialah:

  1. Sayur dan buah
  2. Daging lembu, ayam dan ikan
  3. Tulang ikan
  4. Kulit udang
  5. Keju
  6. Kulit telur
  7. Daun teh (tidak termasuk uncang teh)
  8. Serbuk kopi
  9. Pokok atau daun yang telah dicantas
  10. Bunga yang telah layu
  11. Rumpai
  12. Nasi
  13. Pasta
  14. Batang jagung

Untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti tinggi, anda tidak digalakkan untuk menggunakan buah-buahan yang mempunyai asid seperti limau kerana ia akan merosakkan kultur baja kompos.

Untuk bahan sisa buangan coklat pula, ia mengandungi karbon yang merupakan medium pengudaraan di dalam struktur baja kompos. Bahan untuk kategori ini akan mereput secara perlahan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memotong bahan-bahan tersebut sebelum di diletakkan di dalam bekas atau mesin kompos. Antara bahan sisa coklat ialah:

 

  1. Kertas terpakai seperti surat khabar
  2. Kotak
  3. Habuk kayu
  4. Daun kering
  5. Dahan kayu dan ranting
  6. Kon pokok pain
  7. Kulit kekacang
  8. Lampin pakai buang
  9. Tisu
  10. Kertas penuras mesin kopi

Terdapat banyak bahan buangan di sekeliling anda sesuai dijadikan sebagai baja kompos terutamanya dari dapur anda. Baja kompos ini juga boleh dijadikan sebagai alternatif kepada pekebun untuk menghasilkan baja dengan murah dan mudah di samping menjamin kelestarian alam semula jadi. Ia mudah dihasilkan dan selamat untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: