Ramai antara peminat bertaman gemar menanam anggur sebagai tumbuhan hiasan. Ia selalu ditanam di tepi pagaran, pergola dan sebagainya. Pasti ramai kagum apabila mendapati laman sekang kera dihiasi pokok anggur terutamanya apabila ia mula berbuah. Pasti ramai tetamu akan menanyakan pelbagai soalan dan petua untuk memastikan anggur yang ditanam hidup sihat dan menghasilkan buah cantik dan banyak. Namun, terdapat juga segelintir berpendapat bahawa pokok anggur sukar ditanam dan tidak sesuai untuk iklim Malaysia.

Mudahnya Tanam Anggur Di Rumah, Ini Teknik Berkesan Boleh Anda Ikut

 Penyedian tapak dan medium tanaman

  1. Pokok anggur memerlukan tanah yang mempunyai aliran air baik. Oleh itu, tanah berpasir amat sesuai untuk tanaman anggur.
  2. Buatkan lubang tanaman sedalam 0.60 meter hingga 3.5 meter untuk menggantikan tanah asal dengan tanah berpasir.
  3. Tanaman berbatas juga di galakkan untuk mengelakkan akar pokok anggur terendam di dalam air. ketinggian batas yang diperlukan untuk tanaman anggur adalah 1 kaki tinggi dan 1 ½ kaki lebar.
  4. pastikan tapak tanaman anggur tidak bertakung air terutamanya pada kawasan sekitar akarnya.
  5. Elakkan dari menanam di kawasan tanah bergaram, tanah gersang dan tanah yang mempunyai kurang keupayaan untuk menyerap air.
  6. Untuk tanaman berpasu, saiz minum untuk pasu tersebut adalah 16 inci x 18 inci.
  7. Pastikan pokok anggur mendapat cahaya matahari sepenuhnya untuk memastikan ia tumbuh sihat dan mengeluarkan anggur dengan banyak.

 

IKLAN

Pemangkasan

  1. Tabur baja penggalak bunga dua puluh hari sebelum pemangkasan dilakukan
  2. Buang semua daun kering dan potong cabang yang tidak dikehendaki
  3. Potong semua ranting tidak sihat untuk membolehkan cabang baru tumbuh
  4. Potong bahagian pucuk sekurang-kurangnya 1 meter untuk membolehkan pokok bercambah.
  5. Bersihkan bahagian bawah pokok yang tersembunyi untuk memastikan tiada sebarang serang atau haiwan perosak menumpang.

 

IKLAN

Kadar pembajaan

IKLAN
  1. Untuk tanam anggur digalakkan untuk mengguna baja dari jenis organik terutamanya untuk pokok muda
  2. Letakkan baja satu kaki jauh dari batang pokok
  3. Pembajaan perlu dilakukan sekerap seminggu sekali atau sepuluh hari sekali
  4. Penggunaan baja untuk pokok anggur perlu di kurangkan sebanyak 50%-60% dari jumlah yang di sarankan oleh pengeluar-pengeluar baja untuk mengelakkan pokok panas.

 

Kaedah siraman

  1. Penyiraman hanya boleh dilakukan apabila di dapati tanah di sekeliling pokok kering
  2. Ketika siram, perhatikan supaya air tidak bertakung pada pangkal pokok
  3. Penyiraman harus dilakukan pada waktu pagi atau petang
  4. Siram harus dilakukan di pangkal pokok
  5. Kurangkan menyiram ketika pokok sedang menghasilkan buah untuk mengelakkan dari buah masam dan busuk.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI