Profil Taman
Pemilik: Azri bin Haji Azmi & Dr. Zuhrah binti Zakaria

Kediaman : Teres unit hujung
Lokasi: Jalan Damai Puspa 8, Alam Damai, Cheras.
Keluasan Taman: 1200 kps.


 

Tidak menyangka pemilik taman yang kemas tersusun ini pada mulanya sukar menerima hobi bertaman sebagai sesuatu yang menarik. Setiap perincian di dalam tamannya yang mempunyai pelbagai elemen reka bentuk pada pandangan penulis langsung tidak mencerminkan bahawa beliau sebelum ini kurang berminat dengan alam.

 

Azri mengakui sejak dari awal beliau tidak pernah mempunyai hati untuk bertaman. Langsung tidak berminat. Hanya pasangannya, Dr. Zuhrah binti Zakaria yang memasang impian memiliki taman herba di sebahagian halaman ketika mula mendiami kediaman ini. Namun, oleh sebab kekangan masa dengan jadual yang sentiasa terisi, taman herba mulai kurang dikunjungi dan ketika inilah kecintaan isterinya itu kepada taman mulai ‘berjangkit’ kepadanya.

Sebelum memiliki taman yang dipenuhi koleksi Bromeliad, laman telah di jadikan ruang untuk bereksperimen dengan pelbagai konsep oleh pemilik. Menurutnya kos penanaman rumput menggunakan khidmat kontraktor lebih mahal berbanding melakukannya sendiri.  Pemilik hanya mengeluarkan modal sekurang-kurangnya RM300 untuk penanaman rumput. Pengubahsuaian dilakukan sendiri dan berskala kecil, sebahagian besar ruang sedia ada dikekalkan.  Oleh kerana sering mengubah wajah tamannya, keadaan tanah asal telah mulai serasi dengan tanaman. Jadi, tiada perubahan ketara dilakukan kepada struktur tanah.

 

 

IKLAN

 

Hanya sebahagian kecil kawasan berumput dibuang bagi peletakan paving.  Manakala bahagian meletakkan kenderaan diratakan supaya mempunyai aras sekata yang sebelum ini sedikit mendaki. Secara tidak langsung bahagian laman menjadi sedikit tinggi, lalu pemilik mencipta anak tangga menuju ke laman. Dengan panduan anak tangga ini tetamu secara refleks akan melangkahkan kaki menuju ke tamannya.

Oleh sebab reka bentuk taman terdahulu lapang dan terbuka, pemilik ingin mengubah wajah taman menjadi lebih dingin dan tenang. Pengubahsuaian bahagian belakang dimulakan terlebih dahulu dengan peletakan batu pemijak pebble wash berwarna kuning dan kelabu bersaiz 1 kaki x 2 kaki. Bahagian sekitarnya dimasukkan batu kerikil lebih besar menghasilkan lantai taman yang lebih variasi selain daripada permukaan rumput.

Ruang santai dikemasi jubin lantai dibina bersebelahan taman belakang. Dengan sedikit meninggi berserta anak tangga untuk membezakan fungsinya, ruang ini dibentuk bersetentang dapur kering memberikan kesinambungan dalam dan luar untuk ahli keluarga pemilik menikmati minum petang dan sebagainya. Manakala di bahagian hadapan, paving berbentuk bulat dibina sendiri oleh pemilik menggunakan kaedah DIY yang mudah dan ringkas.

IKLAN

 

 

Modal RM300 – Lelaki Ini Kongsi Cara Menghasilkan Lantai Ruang Santai Yang Awesome!

 

IKLAN

Langkah-langkah membina paving bulat gaya Azri Hj Azmi

Biarpun baru sahaja memulakan minat bertaman, Azri Hj Azmi memiliki kepakaran dan bakat terpendam. Beliau mampu menghasilkan paving DIY yang menarik tetapi mudah dilakukan. Ayuh ikuti langkah pembinaan yang dilakukan sendiri oleh Azri bagi menonjolkan ruang santai bahagian paling hadapan laman.

1. Ratakan permukaan tanah dan letakkan lapisan pasir kemudian ratakan sekali lagi. Lakarkan bentuk paving yang didingini dan tandakan menggunakan kayu. Seterusnya susun batu berbentuk segimpat berwarna hitam mengikut corak yang diingini. Tekankan kepada permukaan supaya ia tidak mudah bergerak. Warna hitam dipilih sebagai border paving.

2. Kemudian susun lapisan kedua batu berwarna putih. Susun kemas mengikut bentuk bulat.

3. Seterusnya, susun batu putih sehingga memenuhi keseluruhan bentuk paving yang dipilih tadi.

4. Langkah seterusnya taburkan batu kerikil di celah-celah paving dan di luar batu border. Padatkan

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI