Ini masalah yang sedang anda hadapi? Kadang-kadang jadi geli pula kita bila selalu tengok karat ni. Nak buat kerja apa pun, jadi tak best. Impiana dapatkan jawapan daripada pakar.

 

Material stainless steel tidak berkarat jika terkena air. Tetapi dalam keadaan oksigen yang rendah dan kewujudan garam yang tinggi membolehkan material stainless steel berkarat. Bergantung juga kepada grednya. Ketahanan sinki terhadap karat bergantung kepada gred tersebut. Biasanya sinki stainless steel yang tebal adalah lebih sukar berkarat berbanding sinki stainless steel nipis.

 

Gred paling tahan adalah 304. Jika anda ingin membeli sinki dan tidak ketahui grednya, pilihlah sinki yang lebih tebal  dengan harga yang lebih tinggi walaupon reka bentuknya sama. Berbaloi berbelanja lebih sedikit tetapi tahan lama .

 

Selain itu, jangan biarkan sisa minyak dan makanan berada di dalam sinki . Disiplinkan diri untuk senantiasa memastikan sinki bersih selepas digunakan untuk menjamin ketahanannya.