Di perairan lautan biru Bahamas, Belize dan lain-lain tempat lagi di seluruh dunia, manusia sudah sedia maklum akan keindahan lautan membiru di simbahi cahaya matahari yang menghasilkan refleksi indah panorama ciptaan Tuhan. Tetapi tahukah anda pelbagai keajaiban boleh ditemui di lautan sebagaimana juga pelbagai ciptaan aneh yang ditemui di daratan. Pernahkah anda dengar tentang Blue Hole iaitu fenomena terjadinya terowong atau lubang yang dalam di lautan? Berbeza dengan dasar lautan, Blue Hole ini kelihatan gelap dan misteri jika ditinjau dari udara. Seolah-olah menggambarkan betapa dalam dan tiada hidupan di bawahnya.

Lubang Biru Fenomena Aneh

Pintu masuknya berukuran di antara 25 meter kepada 300 meter keseluruhan bukaannya, manakala kegelapan yang terhasil adalah kerana kedalaman terowong tersebut menyerap cahaya. Ini adalah sesuatu yang ganjil kerana ia umpama gua terowong di tengah lautan yang mencecah kedalaman 202 meter ke bawah, iaitu membentuk gua menegak yang panjang. Kedalaman dan kesempitan gua menegak ini juga mengehadkan aliran ekosistem dan pembentukan di dalamnya. Ini adalah kerana pada permukaan lubang biru ini telah terputus oksigen, menjadikannya tidak kondusif untuk apa-apa hidupan yang lebih kompleks daripada bakteria.

IKLAN

‘Lubang Biru’ ini terbentuk daripada campuran sea stand di zaman ais sebelumnya dan proses hakisan mudah sebagaimana platform pantai. Ia adalah  tindak balas kimia yang membolehkan Blue Hole membentuk jauh ke dalam dasar laut, seperti Castalia Blue Hole di Ohio. Satu lagi sebahagian daripada pembentukan Blue Hole adalah halocline, di mana air tawar dan air masin bertemu dalam ‘Blue Hole’ – pada ketika ini reaksi hakisan berlaku dan membentuk lubang yang panjang sejauh 600 meter dalam.

IKLAN

Lubang Biru Fenomena Aneh

IKLAN

Gua yang menegak dan tenggelam ini terdapat di banyak tempat di seluruh dunia dan mampu menjadi daya tarikan beribu-ribu pelancong. Ini adalah kerana manusia begitu sukakan sesuatu yang kelihatan aneh dan misteri tetapi hanya sedikit yang menghargai ciptaan Tuhan ini dan mahu berfikir akan kebesarannya.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI