Jejaka berasal dari Johor ini, Khairul Adzwan Khairullah, 28, telah membuktikan bahawa barangan hasil daripada DIY ‘Do It Yourself’ mampu memberi keuntungan kepada anda selain ia dijadikan sebagai hobi.
Menurutnya, pada permulaannya ia hanya jadikan aktiviti ini sebagai hobi, namun lama kelamaan hasil karyanya itu mendapat permintaan daripada kalangan rakan-rakan. Justeru, dia mula menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan dan secara dalam talian seawal tahun 2008 dengan menjual barangan kraf tangan dan cenderamata.
Lelaki Ini Buktikan Hasil Barangan DIY Mampu Jadi Sumber Pendapatan

“Saya gemar mereka sesuatu produk seperti kraf tangan dan cenderamata yang menjadikan sesuatu produk itu unik kerana dihasilkan lain daripada yang lain.

“Produk yang dihasilkan itu untuk dijadikan sama ada barangan perhiasan, sebagai ha­diah mahupun untuk kegunaan harian. Bermula dari situ, saya melihat bidang ini sebagai satu peluang perniagaan sebelum mula memasarkan produk secara serius secara online”.

IKLAN

Antara produk yang dihasilkan pemuda ini termasuk beg, bingkai gambar, bantal, barangan bayi dan pelbagai produk kraf tangan.Dia me­­­ng­akui produk keluaran KRLbrands bukan sahaja mendapat permintaan daripada pelanggan di negeri ini, malah dari seluruh negara.  Di bawah ini merupakan hasil barangan yang telah dihasilkan oleh Khairul Adzwan.

IKLAN
IKLAN

Lelaki Ini Buktikan Hasil Barangan DIY Mampu Jadi Sumber Pendapatan Lelaki Ini Buktikan Hasil Barangan DIY Mampu Jadi Sumber Pendapatan Lelaki Ini Buktikan Hasil Barangan DIY Mampu Jadi Sumber Pendapatan Lelaki Ini Buktikan Hasil Barangan DIY Mampu Jadi Sumber Pendapatan Lelaki Ini Buktikan Hasil Barangan DIY Mampu Jadi Sumber Pendapatan Lelaki Ini Buktikan Hasil Barangan DIY Mampu Jadi Sumber Pendapatan

Apakah yang dimaksudkan dengan DIY (do it yourself)? Ia bermaksud kegiatan menghasilkan, memperbaiki, atau memodifikasi sesuatu yang dilakukan sendiri. Dalam erti bahasa melayunya adalah ‘buat sendirilah’.
DIY bukan hanya merupakan kegiatan yang mengisi masa lapang, walaupun ia dikatakan agak sukar berbanding dengan membeli hasil produk sedia ada dipasaran, namun beberapa manfaat lain yang anda dapat daripada aktiviti ini ialah:
  • Meningkatkan kreativiti
  • Menjimatkan kos
  • Meningkatkan tahap kesabaran
  • Menghasilkan sesuatu yang unik tiada dipasaran
  • Memberi kepuasan serta berasa bangga dengan hasil karya anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI