Remaja kini semakin berani dalam mencuba apa sahaja. Identiti remaja juga kini menampakkan mereka lekas matang dalam usia muda. Bahkan pendedahan terhadap dekorasi atau imej ruang sebagaimana dipaparkan dalam rancangan televisyen sememangnya menyerlahkan satu daya pemikiran yang tajam dan kreatif. Disuntik pula dengan keberanian tuan punya kamar yang tidak gentar mencuba. Kelabu kini bukan bererti buruk atau lusuh. Tetapi satu identiti hebat dan menerangkan kelainan yang didambarkan oleh jiwa remaja yang sanggup dilihat berbeza. Tidak mahu dilihat sama dengan yang lain. Identiti kata mereka!

Kelabu dahulunya bukan warna yang dipandang orang. Apatah lagi dijadikan penyeri ruang. Malah kelabu menandakan satu rasa sedih dan menakutkan. Tidak siap , muram dan juga kematian.  Namun segalanya bagaikan berubah tanggapan terhadap kelabu bertukar menjadi lebih positif dan menarik hati.  Remaja kini lebih senang menggunakan rona ini. Tidak kira lelaki atau pun perempuan, ia tidak memihak kepada mana-mana jantina.

Kelabu boleh dikatakan sebagai warna neutral dingin. Bermakna ia boleh dilihat pada suasana dingin, air batu , awan mendung dan lain-lain perkara. Ia dikatakan neutral kerana tidak mewakili mana-mana warna lain. Cuma ia boleh disuai padankan dengan warna lain terutama jenis terang. Pun begitu kini kelabu dilihat warna yang mempunyai elemen aktif, sofistikated dan  lambing kepada imej moden. Anda boleh memilih dari kelabu gelap membawa ke kelabu samar yang selalu digunakan pada imej klasik sezaman.

Jadi ia tidak mewakili mana-mana jantina tetapi satu ragam karakter yang mudah di suai padan dan nampak cantik lagi elegan. Remaja berjiwa moden pasti gemar rona ini dipadankan dengan  elemen perabot sleek atau perabot ringkas namun menggunakan rekaan terkini. Selain rona putih, ramai yang telah mencuba untuk menyesuai padan dengan warna dingin lain seperti hijau merak , biru mahu pun kuning. Di samping itu, elemen besai tahan karat , putih asli dan berkilau juga sesuai disuai padan sebagai satu eksperimen . Simple-simple je di IMPIANA.

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: