Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.

Tiada apa yang lebih memberi kepuasan di hati selain melihat ruang kediaman indah dihias dengan air tangan sendiri. Bukan harga jadi taruhan apatah lagi perabot mewah bergemerlapan. Sederhana itu bagaikan satu ramuan mujarab menghias kediaman ruang terhad. Ruang dihias bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi satu persembahan kasih sayang untuk seisi keluarga. IMPIANA ke apartmen unik dengan dua kamar beradu jadi taruhan untuk pemiliknya melakar kreativiti menata hias dengan sepenuh hati.

Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.

Melangkah masuk ke kediaman pasangan suami isteri ini, Azman Ahmad dan Augustina Early, mata umpama dijamu dengan sentuhan seni yang tidak berkesudahan. Ruang tamu yang mempunyai keluasan sekitar 10 kaki + 20 kaki di dominasi dengan ilham hitam putih. Pandangan mata dengan pantas mendarat ke arah visual besar yang memainkan peranan sebagai feature wall ruang tamu. Menurut tuan rumah, visual tersebut disiapkan oleh pelukis muda Harith Daniel iaitu anak saudara Azman sendiri. Merupakan eksperimen sulung beliau dan kerja-kerja melukis mengambil masa hampir seminggu untuk disempurnakan.

“Saya merasakan perlu ada satu visual yang ringkas tetapi menarik menjadi pemancing mata di ruang ini. Tetapi bukan kertas dinding atau gambar. Saya mahukan sesuatu yang lebih dalam impaknya pada ruang tetapi tampil harmoni. Anak saudara saya memberi beberapa idea tetapi kami sepakat mahukan pemandangan ringkas, lorong di deretan kedai yang mempunyai satu nilai estetika tersendiri, ” ujar Augustina.

Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.

IKLAN

Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.

Lakaran perspektif itu juga diberi sentuhan minima hitam dan putih. Ini bertujuan agar elemen garisan yang ada memberi kesinambungan dengan idea hias ruang utama secara keseluruhan. Azman sendiri tidak menyangka, sentuhan mural yang bersaiz 10 kaki x 9 kaki tinggi memberi impak yang luar biasa pada ruang. Harmoni pula dengan hiasan kraf lain yang dibuat sendiri oleh tuan rumah.

Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.

IKLAN

DUA KAMAR DIHIAS MOLEK

Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.
Sederas masa berlalu, anak-anak mula membesar dan sudah bijak membuat keputusan juga cita rasa. Augustina menyatakan, sejak kecil lagi suaminya mahu ruang kamar bakal cahaya mata mereka bertemakan ‘Rock Star’. Jadi tidak hairan kamar anak-anak dicat hitam dan hiasan dinding seperti perkataan ‘Rock Star’ dibuat sendiri dengan kotak sarapan kepingan jagung. Begitu juga rak yang diperbuat daripada skate board yang bertindak sebagai para-para dan papan luncur tersebut juga masih boleh digunakan. Antara hiasan lain yang menarik perhatian sudah pasti kraf gantungan gitar yang diperbuat daripada kertas berkilat. Di sekitar katil dua tingkat ini juga dihias dengan beberapa hasil ilham Augustina seperti bekas menyimpan permainan kecil yang comel dan unik.

Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.

IKLAN

Melihat biasan kamar beradu utama pasangan ini, hati bagaikan teringat rona denim dimamah masa. Sesuai benar dengan elemen kreatif yang begitu banyak menghiasi ruang. Hasil usaha tangan dan minda Augustina. Menurut Azman, mereka telah mencampurkan cat biru muda bersama putih agar warnanya lebih nampak berkrim dan lain daripada yang lain. Usaha dan kreativiti pasangan ini ternyata mendapat hasil yang begitu luar biasa moleknya. Apatah lagi apabila ruang disimbahkan dengan pencahayaan semula jadi dan perhiasan rona sedondon serta bunga mawar buat pembangkit seri. Dari bangku yang merangkap meja sisi, botol perhiasan, perhiasan dinding, bekas serba guna ala beg kertas dengan corak bulu mata, semua dibuat sendiri oleh wanita yang mempunyai darah campuran Filipina ini.

Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.

Kreatif! Hampir 99% Hiasan Dalam Rumah Ni Pemilik Buat Sendiri.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI