KEPONG, 11 Oktober 2017: Telah berlangsungnya satu sesi perkongsian bersama media terhadap pembangunan terbaru yang diajukan oleh Trinity Group yang terletak di Kepong. Kondominium yang diberi nama Lemanja ini menempatkan 2 blok dan setiap satunya mempunyai 40 tingkat.

Terdapat 4 pelan lantai yang berbeza iaitu dari saiz 960 kaki persegi hingga yang paling besar 1,173 kaki persegi. Tawaran kepelbagaian pelan lantai ini bertujuan memenuhi permintaan yang pelbagai. Di samping itu juga, bangunan kondominium ini bakal menjadi bangunan ikonik dan mendominasi latar pemandangan Kepong.

Sesi perkongsian yang membincangkan keseluruhan konsep dan reka bentuk telah dikendalikan oleh Principal VERITAS Architecture Sdn. Bhd. iaitu En. Ng Yiek Seng. Menurut pereka, keseluruhan binaan yang bercirikan moden ini bertujuan memberi nafas baru kepada kawasan sekitarnya.

IKLAN

Kondominium Lemanja Nafas Baru Buat Kepong

Lengkap dengan kemudahan infinity poolgym, club house dan juga landskap indah menjadikan kondominium ini antara kediaman yang harus dimiliki dan berpatutan berbanding pembangunan lain di sekitarnya.

IKLAN

Perincian binaan seperti yang dicadangkan pada ruang club house  dan lobi, lebih mengetengahkan konsep industri. Konsep ini di pilih kerana rekaannya yang ringkas namun masih kelihatan mewah. Namun tidak pada landskap nya yang lebih bersifat organik. Ia bertujuan membentuk movement dan memastikan setiap ruang yang diteroka bagikan memberi sebuah pengalaman yang berbeza.

Kondominium Lemanja Nafas Baru Buat Kepong

IKLAN

Kondominium Lemanja Nafas Baru Buat Kepong

Projek yang dijangka bakal sempurna pada 2021 ini telah 50% terjual daripada unit yang disediakan. Dalam masa terdekat, Trinity bakal dibuka kepada umum fasa yang berikutnya.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI