Kaunter pulau mempunyai banyak fungsi. Antara fungsinya untuk penyediaan makanan, ruang untuk membasuh, menikmati hidangan dan menjadi ruang storan. Kaunter pulau walaupun saiznya kecil namun impaknya sangat berguna. Malah kaunter pulau boleh dijadikan zon untuk memasak. Konsep kaunter pulau tidak sesuai sekiranya anda mempunyai ruang dapur yang agak sempit. Jika ruang terhad namun berkeinginan mengadakan ruang kerja tambahan, konsep kaunter bar boleh diaplikasikan. Biasanya kaunter ini diletakkan pada dinding pemisah antara ruang tamu dengan ruang dapur.