Untuk peminat pokok hiasan ini, jika anda lihat tanda-tanda ini pada daun, maknanya pokok anda tidak sihat dan segera lah membuat rawatan.

Kalau Ada 5 Ciri Ini Pada Daun Aglaonema, Itu Tandanya Pokok Anda Sakit

Daun kerinting

Apabila daun Aglaonema, terutama spesies Donna Carmen kerinting, itu adalah petanda serangan virus. Serangannya hanya membuat daun keriting sehingga penampilan kurang cantik. Virus ini boleh tersebar melalui peralatan yang tidak dicuci dengan bersih.  Supaya tidak menyebar, musnahkan tanaman yang dijangkiti virus.

Daun terbakar

IKLAN

Daun terbakar dapat dilihat pada daun yang berwarna kekuningan di permukaan. Apabila dibiarkan daun menjadi kering dan akhirnya reput. Cara merawatnya, letakkan di bawah naungan 60% dan cahaya matahari 40%. Cahaya lembut ini tidak akan membakar daun dan dapat mengembalikan warna kilat daun.

 

IKLAN

Batang busuk

Kondisi ini terjadi akibat tanaman terlalu banyak disiram, sementara media tanam padat sehingga menyebabkan air bertakung di dalam pasu. Akibatnya daun menjadi pucat dan kusam. Untuk mengatasinya, ganti media tanam dengan bahan yang lebih poros. Kurangkan frekuensi penyiraman pada musim hujan kepada 2-3 kali seminggu.

IKLAN

Mengilatkan daun

Daun berkilat adalah tanda tanaman ini sihat. Agar Aglaonema tampak segar, semburkan leaf shine ke permukaan daun lalu lap dengan kapas atau kertas tisu halus hingga rata.


Pucuk mengecil

Daun muda Aglaonema kerap mengecil sehingga menjadi kurang ceria. Antara penyebabnya adalah Aglonaema dalam proses mengeluarkan bunga. Pengeluaran bunga akan menyebabkan penyerapan banyak tenaga lalu pokok kelihatan tidak bermaya. Gunakan baja yang lebih sesuai iaitu penggalak daun yang mempunyai kombinasi N lebih tinggi dibandingkan P dan K.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI