Penghargaan: affnanaquaponics (http://www.affnanaquaponics.com/)

Apa itu akuaponik? Apabila akuakultur (menternak ikan) dan hydroponik (penanaman tanpa tanah) digabungkan untuk membentuk sebuah sistem bersepadu, maka terhasil lah gabungan nama akuaponik. Sisa dari kolam ikan menyediakan sumber makanan organik untuk tumbuhan yang terdapat di dalam sistem di samping berfungsi sebagai penapis bio untuk air dari kolam ikan tersebut.

Sistem akuaponik bukan lah sesuatu yang baru namun ia mula mendapat tempat dan bertapak di Malaysia kerana ia memberi solusi kepada mereka yang mempunyai ruang yang amat terhad. Dari masa ke semasa, sistem akuaponik diolah menjadikan ia lebih mudah dan sesuai untuk digunakan untuk semua jenis ruang dan tanaman.

Berhubung dengan salah seorang penggiat industri ini, Affnan’s Aquaponic memperkenalkan sistem yang paling berkesan dan hanya memerlukan kos yang amat minimum untuk membina sebuah sistem akuaponik lengkap. Setelah lapan tahun kajian di lakukan, Affnan’s Aquaponics telah menghasilkan sebuah formula yang terbaik dengan menghasilkan strainer bell tersendiri yang dipanggil Affnan Siphon untuk mengawal kitaran air sistem akuaponik dan kaedah penanaman akuaponik berpasu yang mudah.

sistem akuaponik berskal besar

Kebaikan Akuaponik
1.    Penyediaan sumber pemakanan yang lengkap kerana ia membekalkan protein dari ikan dan zat yang tinggi dari sayur.
2.    Penggunaan hydroton sebagai medium tanaman berupaya mengurangkan pembiakan rumpai dan kehadiran serangga perosak.
3.    Akuaponik hanya memerlukan 1/10 penggunaan air daripada sistem hydroponic. Ini secara tidak langsung ia berupaya menjimatkan air.
4.    Penggunaan sumber yang berulang tanpa sebarang bahan menjadi buangan. Sisa buangan dari kolam ikan menjadi baja kepada tumbuhan.
5.    Lebih mudah diselenggara dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap kerana sistem yang terbentuk sedia bertindak balas dengan baik dan memerlukan antara satu sama lain.

BINA SENDIRI SET ORNAMENTAL AKUAPONIK

1. Sediakan sebuah pasu yang akan dijadikan sebagai grow bed. pada dasar pasu tersebut, tebukan 2 lubang untuk menempatkan siphon dan saluran air masuk. Saiz lubang bergantung kepada ukur lilit batang paip yang digunakan.


2. Gunakan paip PVC berukuran 15 mm sebagai laluan air masuk. Pastikan ketinggian paip PVC tersebut haruslah melepasi paras hydroton yang akan diletakkan. Posisi kan paip tersebut di bahagian tepi.


3. Di bahagian bawah paip inlate, untuk sambungan ke pam gunakan hose coupling dan sambungkan pam ke paip PVC tersebut dengan menggunakan paip getah.



4. Pasangkan siphon pada lubang di tengah-tengah grow bed yang berfungsi sebagai alat kawalan air (pasang-surut). Siphon diperbuat daripada paip PVC dengan menggunakan fitting berukuran 20 mm. Manakala corong untuk stand pipe, ia memerlukan reducer berukuran 40 mm x 20 mm.


5. Salur keluar siphon yang mempunyai dua elbow disambungkan di bawah grow bed untuk menyelaraskan pengaliran dan membekal larutan oksigen kepada air takungan ikan. PVC paip boleh juga dilubangkan pada bahagian akhir supaya lebih banyak pengudaraan pada air yang keluar dari grow bed ke takungan ikan.

 

6. Siphon yang telah siap dipasang  perlu penutup kedap udara. Oleh itu, gunakan PVC putih berukuran 52 mm dengan end cap pipe diletakkan melindungi keseluruhan siphon yang terdapat di dalam grow bed.


7. Setelah siphon dan saluran air masuk siap dipasang, isi bekas grow bed dengan hydroton namun tidak boleh terlalu penuh untuk memudahkan kawalan. Kebiasaannya paras hydroton yang dicadangkan adalah hanya 1 inci lebih tinggi dari mulut saluran syphon.


sistem yang telah siap dipasang sempurna menunggu untuk masa semaian