IPC Shopping Centre Bukan Sekadar Berwajah Baru Malah Menawarkan Lebih Banyak Lagi Kemudahan
Menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih ceria dan mesra untuk seisi keluarga serta masyarakat

Baru-baru ini  IPC Shopping Centre dengan bangganya mengumumkan penjenamaan semula pusat membeli belah yang baru sahaja selesai dinaik taraf sepenuhnya itu. Pembangunan semula pusat membeli belah ini dapat dilihat pada ruang fizikal dan jenama keseluruhannya yang direka bentuk bagi mewujudkan suasana membeli belah yang lebih ceria, berinspirasi dan menggembirakan untuk semua pengunjung. Ia merupakan kemuncak bagi sebuah projek berwawasan tinggi, menjadikannya sebagai projek pembangunan semula pusat membeli belah yang terbesar di rantau ini dengan pelaburan berjumlah RM200 juta bagi menukar wajah infrastruktur komuniti dan rupa bentuk lanskap di dalam dan sekitar pusat berkenaan.

Pusat Membeli Belah Yang Unik dan Berlainan
Melihat kepada keperluan pengunjung serta komuniti yang sentiasa berubah-ubah, IPC memperkenal konsep ‘So Much More’ yang membawa maksud ia bukan sekadar destinasi membeli belah malah sebaliknya ia menawarkan suatu pengalaman yang lebih daripada itu. Pusat membeli belah terunggul yang terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara ini telah direka secara terperinci dengan memberi penelitian terhadap pengalaman membeli belah menerusi reka bentuk ruang, penyusunan semula reka bentuk dalaman serta kemudahan yang mesra keluarga.

IKLAN

Pengarah Pusat Membeli Belah IKEA Asia Tenggara, Thomas Malmberg menjelaskan, “Pasaran pengguna kini sentiasa berubah. Dalam persekitaran persaingan perniagaan yang sengit ini, kami memahami keperluan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan agar dapat kekal relevan dan sentiasa berada di depan. Oleh itu, kami sentiasa berusaha dan mendengar segala keluh kesah, kebimbangan serta kehendak dan keperluan masyarakat di sekeliling kami. Pembangunan semula ini adalah untuk mereka, dan ia turut memberi peluang terbaik bagi membina hubungan yang lebih erat dengan rakan kongsi serta penyewa-penyewa yang baru dan sedia ada. Kami bersama-sama dengan jiran-jiran kami seperti The Curve, eCurve dan IKEA akan mengukuhkan lagi kedudukan Pusat Perniagaan Mutiara Damansara sebagai destinasi utama untuk keluarga serta teman-teman berkumpul, membeli belah, dan menjamu selera.”

Lebih Banyak Pilihan Untuk Membeli Belah dan Menjamu Selera
Pengunjung kini boleh memilih untuk membeli belah atau menjamu selera di antara 145 kedai yang ada. Ini termasuk kedai-kedai gaya hidup, fesyen serta kecantikan dan kedai-kedai makanan dan minuman berkonsep terkini yang serba baru dan diperluaskan. Pusat membeli belah ini menyaksikan 46% daripada penyewa asal kembali berniaga di sini seperti Harvey Norman, Popular Bookstore, Padini, Brands Outlet, Spotlight dan Ace Hardware. Penyewa baru termasuklah Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), Family Mart, IKEA Café, Watsons, Cotton On, LC Waikiki dan juga kedai utama Skechers yang terbesar di Asia Tengara.

IKLAN

Untuk makanan dan minuman pula, IPC Shopping Centre kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengunjung menjamu selera. Pengunjung boleh memilih sama ada menikmati makanan di tempat makan alfresco atau di ‘Foodland’, medan seleranya yang telah dinaik taraf. Antara restoran yang baru termasuklah Hana Japanese Dining, Paradise Dynasty, Suki-Ya, Ichiban Ramen dan Magnum Café. Para pengunjung juga pasti akan teruja melihat kepulangan restoran tempatan kegemaran mereka seperti Kluang Station, Uncle Lim, Absolute Thai, Noodle Shack, Nando’s, Starbucks dan Dome.

IKLAN

Kemudahan Baru dan Dinaik Taraf
IPC Shopping Centre turut percaya bahawa kenangan manis dan positif boleh tercipta saat pembeli-belah menjejakkan kaki ke kompleks beli-belah tersebut. Oleh itu, IPC Shopping Centre telah memberi penelitian terhadap perkara-perkara kecil yang diperlukan untuk mencipta pengalaman membeli belah yang terbaik seperti keselamatan, aksesibiliti, selesa dan menyenangkan. Selain itu, pembangunan semula yang dilakukan turut melibatkan sistem parkir terarah, penambahan tempat duduk dan kemudahan-kemudahan mesra keluarga seperti pintu masuk kanak-kanak, menaik taraf ruang keluarga dan ‘Funland’, sebuah taman permainan khas untuk si kecil.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI