Memiliki kediaman yang luas merupakan satu kelebihan, namun tidak semua kediaman mempunyai ruang yang besar kerana setiap rumah adalah berbeza mengikut saiz kak persegi. Namun bagi Mohd Fuad Rajudin, kediaman adalah pusat kepada kehidupan yang menggambarkan personaliti peribadi seseorang. Ada individu yang rumahnya kecil tetapi bahagia, ada individu yang rumahnya besar tetapi setiap hari pening kepala. Maka, kediaman memainkan peranan kebahagiaan dan kejayaan di dalam membina kehidupan.

 

Berkongsi ruang kediaman yang diubahsuai sendiri olehnya, Fuad Rajudin mengakui bahawa bakat menghias dan mengemas rumah diwarisi daripada ibu tercinta. Dengan hiasan berkonsepkan moden, dia menggunakan kelebihan ruang tinggi rumahnya dengan mengolah ruang tamu sedia ada kepada dua bahagian iaitu ruang bawah sebagai tempat rehat dan santai, selain turut menempatkan meja makan pada bahagian hadapan, manakala ruang baru iaitu di bahagian atas pula diwujudkan sebagai ruang pejabat dan bacaan.

 

Memegang jawatan sebagai perunding acara memerlukan dirinya untuk menyiapkan kertas kerja dan justeru itu, ia memberikan idea buat individu ini untuk mewujudkan ruang kerja di rumah. Selain daripada mementingkan ruang yang selesa, Fuad Rajudin juga berpendapat bahawa kediaman merupakan syurga buat seluruh keluarga untuk merasakan ketenangan dan ketenteraman apabila berada di rumah.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.606304.1483495243!/image/image.jpg

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.606308.1483495324!/image/image.jpg

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.606310.1483495394!/image/image.jpg

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.606312.1483495471!/image/image.jpg

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.606314.1483495535!/image/image.jpg

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.606316.1483495599!/image/image.jpg

 

Sumber: Facebook Mohd Fuad Rajudin