Memilih rona pink bersama aksesori teddy bear atau corak hati untuk kamar tidur anak perempuan tampaknya sudah agak outdated dan tidak sesuai apabila mereka sudah mula meningkat usia remaja. Apa yang paling penting adalah anda bertanyakan terlebih dahulu kepada anak gadis anda tentang rona apa yang menjadi kesukaannya dan item kegemaran mereka sebelum mengambil keputusan untuk menghias kamar tidur si anak dara. Jom lihat beberapa idea menarik ini yang boleh dijadikan sebagai rujukan.



Jika anda mahu jimatkan ruang, buang sahaja katil. Gunakan tilam yang tebal bersama palet kayu (sebagai platform) sebagai tempat tidur.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/22082016/IMPIANA/a1%20pic%201.jpg


Anda boleh gunakan rak sebagai meja tepi katil. Ia menambah lagi ruang penyimpanan bilik tidur.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/22082016/IMPIANA/a1%20pic%202.jpg


Jadikan rak sebagai bangku dan jangan lupa tambahkan kusyen untuk lebih selesa.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/22082016/IMPIANA/a1%20pic%203.jpg


Gantung lampu hiasan untuk menambah elemen whimsical di sekeliling katil.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/22082016/IMPIANA/a1%20pic%204.jpg


Gunakan wallpaper dan juga mainan palet warna sepadan untuk menceriakan bilik tidur tanpa menjadi serabut.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/imp/22082016/IMPIANA/a1%20pic%205.jpg