Kini semakin banyak homestay yang tampil dengan idea dekorasi yang rare dan menarik. Ini menjadikan pengunjung sekarang bukan hanya lagi menuntut keselesaan semata-mata bila ingin menginap di satu-satu tempat itu tetapi sebaliknya mencari yang unik agar boleh di jadikan satu pengalaman yang menarik ketika bercuti.

Stay songsong yang terletak di Georgetown Pulau Pinang ini antara yang tampil dengan idea dekorasi yang cukup istimewa. Asalnya ia adalah sebuah rumah teres lama kemudian diperbaiki dan diubah suai sedikit menjadi sebuah homestay. Oleh kerana pemilik merupakan peminat tegar IKEA hampir keseluruhan barang-barang di kediaman ini menggunakan barang-barang daripada jenama tersebut. Sememangnya harus di akui pemilik punya citarasa yang baik dalam menata hias kediaman. Ini kerana pemilihan perabot, susun atur, warna yang di pilih semuanya nampak berpadanan antara satu sama lain. Tak mustahil idea dekorasi ini boleh di jadikan inspirasi untuk anda. Rumah lama juga mampu jadi tampil menarik dan istimewa selagi anda bijak menyusun atur.

Sebelum WEB IMPIANA nak kongsikan dengan anda gambar-gambar menarik StaySongSong ini sedikit info yang nak di kongsikan bersama namanya StaySongSong diilhamkan daripada nama pemiliknya sendiri iaitu Peng Song. Songsong bermakna "selesa dan menyeronokkan" dalam bahasa Hokkien , dialek Cina yang biasa digunakan di Pulau Pinang. Pemilik percaya tinggal di tempat yang selesa adalah penting apabila kita berada dalam bercuti. Songsong menawarkan 3 bilik tidur. Selain itu, terdapat sebuah taman luas yang sangat sesuai untuk anda mengadakan BBQ di malam hari. Menariknya staySongSong menawarkan peralatan BBQ secara PERCUMA!