Warna kayu dan warna putih untuk pintu mungkin sudah biasa. Jadi apa kata anda cuba tampil lebih berberbeza hanya dengan mengecat pintu dengan rona hitam. Hitam mampu membuatkan pintu utama rumah anda tampak elegan dan dramatik. Warna hitam serasi dengan warna apapun sehingga ini membuatnya menjadi serba guna dan mudah diaplikasikan. Walaupun begitu, satu masalah untuk warna hitam ini kalau silap menggayakannya ia akan membuat rumah terasa terlalu gelap. Oleh itu, untuk mengelakkan itu berikut beberapa contoh penggunaan warna hitam untuk pintu utama rumah.


Salah satu cara yang baik dalam memadukan pintu berwarna hitam dengan rumah bergaya tradisional inggeris

 

Pintu hitam dengan warna putih akan tampak menakjubkan, terutama jika dipadukan dengan latar belakang berwarna kelabu
 

 

Kombinasi warna yang sangat menarik putih, hitam, kelabu dan hijau memberikan kesan sejuk pada ruang


 

Pintu hitam dan kelabu . Memadukan warna hitam dengan kelabu akan membuat rumah tampak moden dan elegan

 



Warna-warna neutral ringan lain juga boleh dipergunakan untuk  membantu pintu tampil lebih menonjol

 

Pintu hitam dengan bata merah sangat serasi apabila di gandingkan


 


Jika anda memiliki rumah dengan aksen bata merah, harus tahu sebuah pintu utama berwarna hitam akan melengkapkan lagi gaya dekorasi kediaman anda.