Zaman sekarang ni kanak-kanak mudah betul nak dapatkan barang permainan. Minta sahaja pada ibu atau ayah, pasti permintaan mereka ini ditunaikan. Ya lah, masa kan seorang ibu dan ayah sanggup lihat anak-anak bersedih bukan? Namun begitu, bila sampai ke rumah pening pula melihat setiap permainan yang ada. Berselerakan. Apa solusinya jika anda menghadapi situasi seperti ini?

 

Jika tidak disimpan dengan baik, barangan permainan ini akan bersepah-sepah sampaikan kita pun pening melihatnya. Jadi, wajib bagi ibu bapa untuk menyediakan ruang penstoran khas untuk anak-anak bagi menyimpan ke semua barang permainan mereka. Menyediakan ruang penstoran yang teratur bukan sahaja dapat menjadikan kediaman lebih kemas dan teratur tetapi ia juga sebagai salah satu cara untuk mendidik anak-anak agar sentiasa berdisiplin dan menghargai setiap barangan milik mereka. Jom kita lihat idea yang boleh dicuba ini.