INTERIOR: GLOBAL
 
  • Sesi persekolahan 2017 sudah hampir dibuka dan pastinya ibu bapa agak kelam kabut untuk menguruskan persediaan anak-anak. Mungkin ada yang sudah lengkap membeli barangan persekolahan mereka seperti baju sekolah, beg, kasut dan buku-buku pelajaran. Persoalannya, bila menyentuh soal kelengkapan ini, ibu bapa antara individu yang pening kepala untuk menguruskan barangan dan buku persekolahan anak-anak di rumah. Jika tidak disimpan rapi, pasti bila hendak ke sekolah ada yang baru nak mencari beg, bekas pensel, buku dan sebagainya.