Kebanyakan dari kita apabila ingin membina kabinet dapur perkara utama yang akan di fikirkan adalah warna, reka bentuk dan materialnya. Namun anda silap! Itu sebenarnya patut jatuh nombor dua. Ini kerana perkara yang paling penting sebenarnya ruang penstoran untuk sesebuah kabinet dapur. Dapatkan idea-idea sebanyak mungkin untuk membina ruang penstoran yang sempurna untuk kabinet dapur anda dan penstoran yang wajib ada semestinya untuk pinggan mangkuk yang di gunakan harian. Web IMPIANA kongsikan dengan anda antara idea-idea menarik yang boleh anda jadikan sebagai panduan.