Buntu mencari idea untuk penstoran pingan mangkuk harian agar sentiasa tampil kemas dan teratur? Nah, kami sediakan khas buat anda beberapa idea yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Selamat mencuba!
 

1. Rak kayu yang di gantung kemas pada dinding mampu menjimatkan ruang dan sangat sesuai untuk dapur yang mempunyai keluasan terhad. 


sumber foto: www.setyard.co.uk
 

2. Rak terbuka yang di bina secara bertingkat-tingkat ini juga sesuai untuk penstoran pinggan mangkuk harian. Kaedah ini mudah di simpan dan banyak ruang yang boleh di gunakan.

 

Sumber Foto: www.stylemepretty.com
 

3. Rak gantung bukan sahaja boleh menyimpan pinggan mangkuk harian, malah ia juga boleh dijadikan penstoran rempah ratus dan banyak lagi.

Sumber Foto: www.radardesign.com.br
 

4. Juga boleh di susun rapi di dalam laci dengan membuat pembahagi sendiri.


Sumber Foto: www.pinterest.com
 

5. Satu lagi gaya susunan di dalam laci. Lebih kemas dan teratur tetapi anda perlu menempah khas pembahagi-pembahagi pinggan dan mangkuk untuk disusun dengan kemas.

 

Sumber Foto: www.pinterest.com
 

6. Sekiranya anda ingin menyiimpan pinggan mangkuk harian di dalam kabinet, sebaiknya gunakan rak bertingkat untuk memastikan lebih banyak pinggan dan mangkuk boleh di masukkan.

Sumber Foto: allthingsesque.tumblr.com