INTERIOR: DAPUR
 
  • Bagi mereka yang gemar memasak, rempah ratus sudah pasti menjadi bahan utama yang wajib ada. Namun yang mengundang sedikit masalah apabila terlalu banyak rempah yang ada, lalu buntu dengan kaedah penyimpanannya. Macam-macam rempah digunakan tetapi mengambil masa sehingga berbulan untuk dihabiskan. Maka dengan itu, anda memang memerlukan penstoran yang bijak untuk menyimpan segala rempah ratus ini. Bukan sahaja untuk tampil kemas, praktikal dan mudah diambil pada bila-bila masa, malahan ia juga untuk memastikan cara simpanan anda tidak memakan banyak ruang. Berikut merupakan perkongsian idea-idea bijak untuk penstoran rempah ratus yang pastinya buat anda jatuh cinta.