Kamar tidur merupakan ruang utama yang perlu diberikan sepenuh perhatian. Tidak hanya digunakan pada waktu tidur, malah ruang ini juga dijadikan sebagai tempat untuk beristirahat dan stesen kerja bagi mereka yang ingin melunaskan sisa-sisa kerja di pejabat. Jadi tidak hairanlah jika kamar tidur sering tampil menarik dan menjadi ruang yang menenangkan. Wajib untuk anda menggayakan dengan hiasan yang teratur dan pilihan rona yang digunakan haruslah berpadanan dengan konsep.

Berbicara tentang rona pilihan, tahukah anda sebenarnya setiap rona ini mempunyai kombinasinya yang tersendiri. Contohnya, rona merah jambu tampil ideal apabila digandingkan bersama rona kuning, turquoise dan beberapa kumpulan warna yang lain. Memilih kombinasi rona yang sesuai akan memperlihatkan ruang kamar bukan sahaja tampak menarik, malah mampu memukau setiap mata yang memandang. WEB IMPIANA ingin berkongsi enam kombinasi rona yang dilihat mampu  memberi daya  tarikan pada kamar.

 

Mahu tampil ringkas, moden dan elegan? Ini antara paduan rona yang boleh digandingkan pada kamar tidur anda.


 

 

Ramai yang gemarkan rona ini.  Ini adalah kombinasi yang sebenar. Pastikan anda tidak tersalah memilih.
 


 

Tidak salah jika anda seorang peminat rona natural. Namun begitu, cuba masukkan sedikit dengan rona lavender. Ia mampu berubah dengan sekelip mata tampil untuk lebih segar dan bermaya.

 

 

Pilihan rona gelap pada katil bersama paduan merah jambu terang di dinding tampak ideal dengan tambahan rona kuning. Satu kombinasi yang sangat unik dan menarik.
 

 


Pelbagai motif di gandingkan namun tetap tampak serasi  dek kerana pilihan rona yang tepat bersatu dalam memberikan tarikan pada kamar.
 


 

 

Pink Lover.. Diingatkan untuk tidak mengenakan serba serbi rona merah jambu. Rona yang lain perlu hadir bagi melahirkan aura sensasi pada ruang kamar.


 


SUMBER : brightside.me