Tak semestinya perlu berbelanja besar untuk makeover kediaman. Sebenarnya, anda boleh mengubah feel kediaman dengan hanya menukar warna cat dinding. Kalau selama ini anda hanya menggunakan satu warna sahaja, apa kata kali ini anda cuba eksperimen dengan kombinasi warna yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup anda pula!

 

1. UNTUK JIWA ROMANTIK

Gabungan warna hijau tanah dan warna lavender lembut pada palet trend ini amat bersesuaian untuk anda yang mengambil berat tentang alam semulajadi dan yang mementingkan ketenangan.

Koleksi warna palet ini mampu mewujudkan ruang yang kaya dengan rona menghijau dan akan membuatkan ruang dalaman rumah tampil lebih harmoni dan damai.

 

2. KELUARGA BESAR? THE MORE THE MERRIER!

Trend ini memberi tumpuan kepada anda berkongsi ruang kediaman dengan ahli keluarga yang lain. Penekanan cahaya semula jadi yang segar, mampu menyerlahkan tekstur material yang berbeza.

Warna-warna hangat ini melambangkan perkongsian dan tolak ansur ruang dalam sebuah keluarga. Jelas kelihatan gabungan palet warna dingin dan hangat bukan sahaja unik dan indah malah nilai estetika ini mampu dinikmati bersama-sama dan menyerlahkan lagi nilai kekeluargaan di hari raya.

 

JOM DIY BONGKAH KUFI PALET DENGAN BAJET RM50 : DOWNLOAD BOOKLET JOM RAYA! WITH DULUX

 

3. BUAT SI WORKAHOLIC & PEMILIK HOME OFFICE

Biarpun di dlam mood raya, tapi tugas dan keperluan pelangan tidak boleh diketepikan. Palet warna yang harmoni boleh dipalit pada ruang kerja yang juga merupakan ruang santai khas untuk aktiviti peribadi.

Trend ini memberi kelebihan kepada kita berkongsi ruang yang sama dengan keluarga tetapi boleh diguna untuk fungsi yang berbeza, terutama mereka yang bekerja dari rumah.

 

4. #THROWBACK

Kini kita melihat dunia dengan cara berbeza. Memori dan pandangan yang mendamaikan merupakan satu kemewahan yang tiada galang gantinya. Apatah lagi dalam suasana hari raya yang penuh dengan nostalgia berharga.

Pilihan rona asas dengan palet neutral menyingkap kisah lama, mewarnakan segala pengalaman peribadi kerana hari raya adalah perayaan yang disambut dengan aman dan tanpa kekusutan.

TIP EKSTRA! 4 TEKNIK SIMPLE UBAH GAYA FEATURE WALL : MUAT TURUN BOOKLET JOM RAYA! WITH DULUX