Selalu sangat kan lepas kita mencuci bekas makanan atau ‘tupperware’ tu, bau kurang enak masih tak hilang. Apa cara nak hilangkan bau kurang enak ni? Jangan risau, dengan menggunakan beberapa bahan semulajadi ni, bekas makanan anda confirm berbau wangi kembali!

1. BAKING SODA

Gunakan baking soda atau serbuk penaik untuk menyerap dan menghapuskan bau.paling berkesan!

Caranya mudah, campurkan soda dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam bekas makanan yang berbau. Biarkan seketika dan bilas.

Jika masih berbau, biarkan ia terendam dalam larutan soda penaik dengan lebih lama, iaitu lebih kurang semalaman.

2. SURAT KHABAR

Gunakan surat khabar lama yang telah diramas dan direnyukkan. Sumbat ke dalam bekas makanan yang kering dan telah dicuci. Tutup penutupnya dan biarkan semalaman.

Jangan lupa cuci dan bilas sedikit bekas tersebut sebelum menggunakannya kembali.

IKLAN

3. CUKA

Selain 2 bahan di atas, cuka juga adalah egen pencuci semulajadi yang efektif.

Setelah mencuci bekas makanan atau minuman anda dengan sabun pencuci, tuangkan cuka ke dalam bekas dan biarkan selama lebih kurang 3 minit untuk menghilangkan bau kurang enak.

Kemudian, buang cuka dan bilas semula dengan sabun dan bilas dengan air.

4. GARAM

IKLAN

Selepas mencuci bekas makanan, taburkan secubit garam ke dalamnya. Tutupkan bekas dan biarkan selama 1-2 jam.

Secara semulajadi, garam akan bertindak menyah bau makanan atau minuman yang masih tertinggal.

5. PERAHAN LIMAU NIPIS/LEMON

Perahkan limau nipis atau lemon dan gosokkan limau berkenaan ke seluruh bahagian dalaman bekas tupperware. Biarkan sebentar sekitar 2-3 minit dan bilas semula dengan air bersih.

Lemon bukan sahaja membantu menghilangkan bau tetapi juga boleh digunakan bersama garam untuk menghilangkan kotoran degil yang masih tersisa.

IKLAN

Ini Cara Mudah Hilangkan Bau Melekat Dalam Bekas Makanan

6. SERBUK TEH

Satu lagi bahan semulajadi yang mampu menyerap aroma dengan pantas adalah teh. Anda boleh menggunakan serbuk teh yang telah digunakkan atau belum.

Setelah bekas dicuci, letakkan uncang teh ini dan tutup bekasnya hingga bau kurang enak itu hilang.

7. JEMUR TENGAH PANAS

Paling mudah! Jemurkan bekas makanan yang telah dicuci tadi di bawah sinaran matahari.

Anda akan dapati tiada lagi bau yang tersisa di dalamnya.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI