• 939
  •  
  •  
  •  
  •  
Sudah pasti perkara menggembirakan kepada pemilik atau pengumpulan orkid adalah apabila melihat gugusan bunga orkid terhasil indah. Namun, penanam orkid tidak lah semudah yang disangka. Jika salah teknik, pokok merajuk tidak berbunga. Antara Faktor yang menyebabkan orkid merajuk atau malas berbunga adalah seperti berikut:
1. Stres kerap dipindahkan. Hal ini bakal mendesak pokok orkid untuk beradaptasi dan mencari pencahayaan yg tepat untuk proses fotosintesis
2. Kurangnya penyiraman menyebabkan bahagian daun dan batang kekurangan air dan mengecut
3. Pencahayaan yang kurang tepat terlalu panas dan terlalu teduh. Sediakan keperluan tanaman mengikut jenis orkid. nak tahu, tanya pada penjual atau yang lebih pakar
4. Pemberian baja yang salah misalnya baja  yang digunakan mengandungi kadar nitrogen dan kalium lebih tinggi berbanding fosforus
5. Hilangnya fungsi akar yang tidak dapat menyerap nutrisi tanaman
6. Kerdil kerana penggunaan baja kimia yang berlebihan.
Tips untuk membungakanya;
1. Sinar matahari pagi antara jam 6 pagi sampai jam 9 pagi sangat baik untuk proses pembungaan. sebaiknya letakan orkid/anggerik agar terkena sinar matahari pagi
2. Siram dengan larutan berkadar fosforus seperti larutan kulit pisang. penyiraman di lakukan sebelum dan sesudah terjemur matahari pagi agar kadar fosforus mudah diserap oleh akar tanaman

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: