Melangkah masuk ke kediaman yang telah dihuni hampir empat tahun ini, eksperimentasi pelbagai jenis konsep cuba diterapkan pada setiap aspek dekorasinya. Tiada spesifikasi konsep tertentu kerana pemilik lebih selesa menghias kediaman dengan gaya eklektik dan lebih gemar menghias kediamannya mengikut cita rasa sendiri berdasarkan apa yang beliau gemari. Jom kita lihat hasil dekorasi Puan Suzana Ahmad. Segala-galanya dilakukan sendiri tanpa mengupah interior designer.

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

Konsep kediaman ini lebih bergaya eklektik. Saya tidak ada dan tidak terlalu mengikut konsep tertentu. Jika dilihat, dekorasi kediaman ini lebih kepada mix contemporary, ia memiliki sentuhan daripada kebanyakan negara Asia seperti Indonesia, India, Kemboja, serta sedikit esen oriental. Saya juga suka menerapkan gandingan konsep East and West, luxe and affordable, wood and steel pada setiap aspek dekorasi kediaman ini”.

Dari segi pemilihan perabot pula, meskipun ia tampak unik dan berbeza, namun hakikatnya kebanyakannya hanya dibeli di Malaysia seperti di Bauhaus, Urban Culture, Art Inspired, SSF dan sebagainya. Apa yang penting adalah ketika membeli sesuatu perabot mahupun barang-barang, perlu bijak memilih dan perlu tahu susun atur yang sesuai dan tepat,” jelas Suzana panjang lebar.

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

Ketika penulis bertanyakan mengenai gaya dan cara beliau dalam menghias dekorasi kediaman kerana beliau nyata mempunyai sentuhan tersendiri, serta bijak bermain dengan susun atur dan pemilihan perabot bagi menghiasi sudut kediaman, pemilik menambah;

Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menghias rumah. Bagi saya, saya suka membeli sesuatu mengikut cita rasa dan apa yang saya gemari kemudian baru disesuaikan dengan susun atur dan suai padan mengikut keseluruhan konsep. Berbanding menentukan konsep dari awal. Sebagai contoh, saya membeli meja kopi pada ruang tamu ini terlebih dahulu, kemudian barulah dipadankan dengan sofa, kerusi kayu dan elemen-elemen lain bagi melengkapkan ruang ini,” jelas Suzana yang memiliki bakat semula jadi dalam menghias dan turut menjadi pengatur hiasan dalaman secara separuh masa.

TRANSFORMASI RUANG PATIO
Selain itu, keistimewaan kediaman ini apabila ruang santai yang menempatkan bench dan lantai parquet menjadi ruang kegemaran seisi keluarga mahupun tetamu yang datang berkunjung. Ruang ini pada asalnya merupakan ruang patio namun pengubahsuaian dilakukan bagi memberi lebih keluasan pada ruang tamu utama serta memaksimumkan pencahayaan dengan penambahan tingkap kaca yang besar dan luas. Bukan itu sahaja, kolam air sengaja dibina sebagai water feature bagi menghasilkan elemen bunyi jatuhan air untuk wadah halwa telinga manakala kehadiran dedaunan hijau pula cukup menyejukkan pandangan tatkala berada di ruang ini, sekali gus mencetuskan suasana bagaikan berada di resort peranginan. Transformasi ruang ini nyata berbaloi apabila ia berjaya menambah keluasan dan mencipta suasana yang diimpikan.

IKLAN

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

DOMINASI LUKISAN, BINGKAI GAMBAR DAN ARCA
Ketika memerhatikan jenis hiasan yang ada pada kediaman ini, pemilik nyata berjiwa seni, menghargai karya seni yang penuh nilai artistik. Justifikasi ringkas, apabila hasil kerja seni seperti bingkai lukisan, bingkai gambar dan hiasan arca jelas mendominasi dekorasi pada kediaman ini. Kebanyakannya dipamerkan pada dinding serta sudut-sudut tertentu seperti laluan tangga, ruang menonton televisyen, ruang tamu, dapur mahupun hiasan arca sebagai feature wall di bilik tidur utama.

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

IKLAN

Kini, setelah hampir empat tahun kediaman ini dihuni, pemilik ternyata puas dengan dekorasi yang diserlahkan dengan cita rasa sendiri. Apa yang pasti pemilik sememangnya memiliki sentuhan unik dan tersendiri dalam mengekspresikan kreativiti serta menentukan dekorasi kediaman untuk keselesaan keluarga.

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

IKLAN

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

Hebatnya Wanita Ini Deko Rumah Sendiri Tanpa Mengupah Designer. Hasilnya Memang WOW!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI