La ni memang susah nak dapat rumah apartmen yang mempunyai keluasan lebih daripada 800kaki persegi pada harga bawah RM 300K terutamanya di kawasan bandar. Lebih banyak studio house yang berukuran 500-600 kaki persegi je. Kalau nak besar sikit, adalah yang berkeluasan 750 kaki persegi, tapi lokasinya pinggir bandar atau sub-urban.
Biasa orang cakap, kalau rumah sempit ni perlu bijak menghias untuk optimum kan ruang. Tapi ramai beranggapan tak mudah untuk dapatkan apa yang dimahukan. Jadi, dalam kelausan yang terhad anda perlu bijak menghias.
Seperti yang dilakukan oleh Mawar Berduri Mawar, kediamannya yang berkeluasan 750 kaki persegi tetap tampil kemas, tersusun dan luas tanpa menggunakan perabot yang mahal dan elemen dekorasi mewah.
Menurut Mawar, tempoh setahun diperuntukkan untuk melengkapkan keseluruhan dekorasi secara perlahan-lahan. Keseluruhan kos yang terlibat dalam memastikan dekor rumahnya tercapai adalah RM 15K. Semua barang dan perabot yang digunakan adalah baru kecuali kabinet TV.
Mawar juga seorang yang gemar DIY (Do It Yourself) Seperti contoh corak pada pintu. Sebelum dekor impian mawar dizahirkan, pelbagai kajian dan rujukkan telah dilakukan melalui Google dan youTube. Selain itu juga, Mawar aktif menyertai group-group dekor yang terdapat di Facebook.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Stail abad pertengahan dilihat sebagai suatu trend yang timeless dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Mula dikembangkan seawal pertengahan tahun 30-an lagi, stail ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan dekor simple but elegant. Dengan motto form follows function, deko abad pertengahan amat menitikberatkan fungsi dan bentuk yang sederhana bagi sesuatu perobot. Potongan yang bersih, bentuk organik lembut dan warna natural yang digunakan menjadikan stail ini tidak lapuk ditelan zaman.
IMPIANA paparkan 10 inspirasi ruang makan yang menerapkan unsur abad pertengahan yang pasti memikat hati!
Sumber : Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengunjungi kediaman yang terletak di kejiranan Valencia, Sungai Buloh ini mengundang daya tarikan di mata penulis. Susun atur yang kelihatan kemas dan mempunyai identiti tersendiri pastinya membuat sesiapa sahaja berasa selesa menikmati hidangan di sini. Pertemuan penulis dengan pemilik kediaman menarik minat penulis untuk mencungkil konsep yang diketengahkan olehnya.
Saya sukakan konsep kafe sebab nampak relax dan chill, ” akui pemilik. Pendekatan gaya ringkas bukan sahaja membenarkan jelmaan ruang menjadi tampak selesa malah turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Memulakan bicara, pemilik menceritakan bagaimana minatnya terhadap konsep kafe dan inspirasi dari majalah dekorasi kediaman mencetus impiannya untuk memiliki dapur sebagaimana yang diidamkannya.
ELEMEN SUSUN ATUR
Bagi menyuntik gaya kafe di ruang dapur, pemilik banyak bermain dengan susun atur peralatan dapur agar tampil bergaya dan dalam masa yang sama kelihatan kemas tanpa menyesakkan ruang. Malah dapat dilihat sebahagian dinding dapur juga menerapkan konsep industri dan berlantaikan kayu bagi membentuk karakter yang diingini pada ruang dapur. Pemilik bijak mengkoordinasi peletakan elemen dan menyuai padan seleksi rona agar kelihatan harmoni.
MATERIAL TERPILIH BENTUK GAYA DAPUR
Pemilihan material stainless steel dan kayu untuk kabinet memberi inspirasi gaya ruang dapur tampil rapi dan menarik. Pun begitu, pemilik ingin memberikan sedikit kelainan dengan memadankan material kaca untuk bahagian kabinet tall unit. Penyatuan tiga material ini secara tidak langsung dapat menonjolkan kelainan dan imej moden pada rekaan kabinet. Menyempurnakan wajah rekaan kabinet, penggayaan tanpa handle membentuk imej yang lebih menarik dan kemas rekaannya.
Manakala peletakan sinki granit dengan ciri tahan lasak dibentuk secara binaan dalam untuk memastikan ruang dapur tersebut digunakan dengan selesa dan bebas daripada kebocoran air yang boleh menyebabkan kerosakan di bahagian kabinet. Ruang kaunter pula menjadi medan interaksi sementara untuk menikmati hidangan pagi sebelum keluar ke pejabat.
Bagi pemilik sebuah ruang dapur umpama cerminan personaliti isi rumah sesebuah keluarga. Justeru itu pemilik ingin ia tampil dalam kondisi terbaik kerana ruang dapur merupakan lokasi paling penting pada sesebuah kediaman. Jika ia tampil menarik dan tersusun maka secara tidak langsung menerbitkan perasaan gembira dan ceria ketika menikmati hidangan makanan bersama orang tersayang.
RUANG PENSTORAN SISTEMATIK
Beralih kepada ruang penstoran, dapur disusun secara sistematik agar tampil kemas. Pemilik menerapkan ilham segar dengan mewujudkan rak bergerak untuk memudahkan penstoran yang bijak dan praktikal. Ini kerana ruang penstoran tidak kurang pentingnya dalam membantu memudah cara meletak barang dan juga peralatan dapur. Penstoran yang teratur juga menjadikan dapur tampil lebih bersih dan sempurna. Meneliti binaan dalam kabinet, penggunaan aplikasi sistem yang moden turut digayakan untuk melengkapkan lagi konsep pilihan. Selain itu, tall unit dengan pintu kaca menempatkan buku-buku dan item kegemaran pemilik juga turut disusun dengan kemas.
RUANG MAKAN BERGAYA
Persembahan gaya ruang makan begitu mengasyikkan. Ruang makan formal yang dijelmakan berdekatan dengan ruang dapur. Penggayaan meja makan tampil menyerlah di dalam kelasnya yang tersendiri. Sebuah cermin dengan bingkai dempak turut digayakan pada ruang ini bagi memberi gambaran luar biasa. Menurut pemilik, pada hujung minggu, mereka sekeluarga akan menghabiskan masa minum pagi di gazebo luar rumah sambil menghirup angin pagi. Gazebo yang direka khas dari kayu terbuang nyata menjadi tempat yang menepati gaya. Nyata pemilik seorang yang mementingkan kesempurnaan dan gaya di ruang dapur maka tidak hairan ruang dapur sentiasa tampil hebat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika dahulu kehadiran kaunter sarapan ibarat ‘tidak perlu’ kerana kita punya meja makan. Namun sederas perubahan gaya hidup masa kini, kaunter sarapan mula mendapat tempat di hati tuan rumah. Mudah untuk menguruskannya, mudah juga menghidang makanan di sini terutama ibu yang sibuk berkerja dan sibuk melayan kerenah anak-anak.
Bila bercakap soal kaunter, ia bukan satu perkara luar biasa. Namun lokasinya juga kita jauh berbeza. Jika dahulu disorok pad abahagian dapur, kini diserlahkan di ruang utama. Ibarat sebuah pentas yang mana menjadi pemusatan mata tatkala kita melangkah masuk ke dalam sebuah ruang seumpama ini. Ruang tamu mungkin sudah terllalu biasa mencuri tumpuan tetamu. Namun kini kita sudah punya bintang baru dalam sebuah ruang utama iaitu kerusi kaunter yang cukup megah di susun memanjang ibarat barisan penari Las Vegas!
Mungkin ia agak keterlaluan dipuji seumpama ini namun sederas masa berlalu, pereka cukup kreatif mempelbagaikan reka bentuk bangku kaunter ini. Padahal bentuk asasnya sekadar kerusi berkaki panjang. Itu sahaja tetapi dek dicanai ideanya, kerusi yang ringkas ini menjadi pelbagai bentuk , warna dan material. Umpama barang kemas sang primadona yang mencuri tumpuan biar sebenarnya ramai di kalangan kita tidak menyedarinya. Terpukau? Boleh jadi ya!
Selalunya susunan kerusi ini didatangkan dalam tiga hingga lima buah. Dari rekaan kaki, bentuk tempat duduk dan struktur sandar belakangnya, ia sememangnya memberi impak yang berbeza. Ada yang lebih gemar bebas sandar kerana menghalang pandangan dan membuat ruang rasa sempit. Ada yang mementingkan keselesaan dan sebagainya. Apa pun kepuasan dan keselesaan ini adalah segalanya bagi anda. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.