• 610
  •  
  •  
  •  
  •  

Baju putih memang susah nak jaga. Paling susah baju sekolah anak-anak yang aktif. Pergi sekolah, bajunya putih berseri. Balik je, bukan sekadar berdaki ada sambal lah, warna, kesan conteng dan sebagainya.

Separuh ibu kerap menggunakan peluntur untuk memastikan baju yang berdaki dan kene sambal tadi putih semula. Tapi anda sedar tak, kekerapan anda menggunakan peluntur tu bukan sekadar menyebabkan tekstur fabrik tersebut cepat rosak, malah memberi kesan kepada kulit anak anda.

Sebenarnya ada cara lain untuk mencuci kesan kotoran pada baju putih tanpa menggunakan bahan kimia dan paling penting tak perlu menyental teruk. Antaranya adalah

1. Perahan lemon
Perahan lemon mampu memutihkan baju. Rendamkan baju di dalam baldi dengan air bersih. Pastikan baju terendam sepenuhnya. Ambil 1-2 biji lemon (keperluan lemon bergantung kepada kuantiti baju) dan perahkan ke dalam rendaman tadi. Selesai perah, lemon tadi pun anda masukkan juga ke dalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit sahaja. Jangan terlebih tau. Kemudian, lakukan cucian seperti biasa

2. Pes atau cecair pencuci pinggan
Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju, anda boleh cuba gunakan pes atau pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut. Sapu pes pada bahagian yang terkena sambal tadi dan biarkan 15-20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa

3. Sabun mandi
Untuk hilangkan kotoran degil, anda basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku terus pada bahagian kotoran. Gunakan berus baju yang lembut dan gosokan pada bahagian yang kotor tadi. Seterusnya, cuci macam biasa

4. Susu pekat
Kesan dakwat pen pada baju memang sukar untuk dibersihkan. Kadang tu dah guna peluntur pun masih ada. Jadi, sebelum anda gunkan sebarang bahan untuk mencuci kesan pen tersebut, ambil 3 sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air. Aliskan bancuhan tadi ke atas kesan pen dan biarkan selama sejam. Selepas itu, cuci dengan sabun seperti biasa.

5. Marjerin
Untuk hilangkan kesan minyak pada pakaian, gunakan marjerin. EH! bukan lagi berminyak ke? Tak lah, marjerin adalah lemak tepu. Caranya adalah dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa minit. Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendam baju tadi dengan air suam untuk dibersihkan sepenuhnya sapuan marjerin tadi. Jika masih tidak bersih sapuan marjerin tadi, cuci beberapa kali dengan air suam. Selepas itu, anda boleh cuci seperti biasa.

6. Tepung
Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum dicuci seperti biasa

7. Limau nipis
Baju putih mudah terkesan dengan lunturan warna dari pakaian lain. Rendam baju dalam air panas. Ambik beberapa biji limau(5-10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju dan kesan lunturan tadi, perah ke dalam air panas yang mengandungi baju tadi, campurkan sedikit sabun basuh. Kacau dan rendam dalam sejam. Selepas itu bilas seperti biasa..

8. Cuka
Anda boleh gantikan peluntur yang dibeli di pasaran dengan menggunakan cuka. Cuka boleh mengembalikan kecerahan baju putih secara keseluruhan. Caranya adalah dengan memasukkan 100ml-250ml (bergantung kepada kuantiti baju) air limau nipis ke dalam baju yang telah direndam bersama sabun. Biarkan baju terendam 15 minit. Selepas itu, basuh dan bilas seperti biasa. Selain itu juga, anda boleh masukkan terus cuka di dalam mesin basuh yang berisi baju dan sabun dan cuci seperti biasa.

 

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: