Tip mudah mengetahui punca dan penyelesaian water feature kehilangan air. Pertama bagi kebocoran pada fountain diperbuat daripada kaca fiber dan batu kaedah mengesannya adalah lebih mudah. Keluarkan air darinya dan biarkan ia kering selama seminggu. Selepas seminggu, kesan-kesan retakan akan jelas kelihatan pada dasarnya. Tampal bahagian yang retak menggunakan clear silicone. Manakala bagi water feature yang dilapisi membran kalis air, masalah kebocoran boleh diuji dengan kaedah memeriksa tahap kehilangan air sepanjang masa. Jika kebocoran berlaku dibahagian atas, air akan berhenti hilang apabila ia telah melepasi bahagian bocor tersebut. Apabila aras air berhenti menurun, periksa bahgaian saliran, pam dan dinding water feature. Kenalpasti bahagian yang rosak dan baiki sepenuhnya.