Trend terkini ramai yang menggemari pokok Ros Jepun kerana ia mudah dibiakkan dan dalam masa yang sama begitu cantik bunganya dengan percikan pelbagai rona. Keunikan pokok ini ialah bunganya kembang penuh pada waktu pagi dan menguncup selepas pukul 10 pagi. Bagaimana ingin biakkan tanaman ini dengan kaedah keratin batang?

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menyucuk keratan batang dari pokok induk Ros Jepun ke dalam pasu tanaman yang baru. Kemudian letakan pasu tersebut di lokasi yang menerima cahaya matahari yang banyak. Pastikan anda siram setiap hari kerana batangnya perlukan air yang banyak dan andai anda mahukan pokok bunga ros Jepun anda membesar serta menghasilkan bunga tahap optimum. Namun perlu diingatkan jangan sesekali siram ketika bunga sedang kembang mekar kerana ia boleh menyebabkan bunga cepat layu.