Spesies tanaman hiasan berdaun Aglaonema menjadi tarikan kerana ia terkenal dengan motif pada daunnya yang pelbagai warna dan corak. Ada yang berbintik-bintik dan ada yang berceloreng berwarna merah darah. Berikut tip ringkas yang perlu anda tahu jika ingin menanam tanaman ini.

1.Bergantung kepada spesiesnya, kebanyakan spesies ini sesuai hidup di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari secara langsung dan juga di kawasan lembap.

2.Medium tanaman pokok ini mestilah mempunyai tanah poros serta bersaliran baik.

3.Tanaman ini memerlukan air yang cukup iaitu siraman dua kali sehari.