Sebelum membawa sebarang elemen kayu terpakai masuk ke dalam rumah atau perkarangan rumah, beberapa langkah pencegahan amatlah perlu. Perkara ini dapat menghindar daripada sebarang penyakit atau perosak  dari masuk ke dalam laman rumah dan merosakkan taman anda.

1.Bersihkan segala kotoran yang terdapat pada kayu dengan menggunakan berus halus supaya tidak mencederakan atau merosakkan tekstur kayu sedia ada dan jika perlu basuh dengan air.

2.Setelah kayu kering sepenuhnya, mulakan rawatan pencegahan anai-anai. Pastikan anda memakai sarung tangan sepanjang melakukan proses ini.

3.Selesai proses rawatan anai-anai, anda boleh meletakkan kemasan seperti pengilat kayu sebagai lapisan perlindungan supaya tidak usang di makan hari.