Dapur yang mempunyai keluasan terhad juga mampu tampil mempesona jika anda bijak memilih material, warna, serta susun atur ruang yang sesuai. Jangan jadikan dapur sempit sebagai alasan untuk malas berhias. Berikut antara perkara asas yang perlu anda tahu dalam menata hias dapur yang mempunyai keluasan yang terhad.

 

1.       Memilih jubin yang bersaiz kecil dengan warna-warna gelap.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.607182.1483603961!/image/image.jpg

2.       Mengaplikasikan corak atau border pada lantai jika dapur sempit.

3.       Menggunakan warna lantai dan dinding dengan warna yang berbeza.

4.       Boleh mengaplikasikan penggunaan cermin supaya ruang kelihatan lebih luas.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.607189.1483604550!/image/image.jpg

5.       Gunakan warna-warna pastel dan natural pada dinding.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.607183.1483604099!/image/image.jpg

6.       Jika ingin menggunakan jubin pilihlah berpermukaan polished.

7.       Elakkan membuat plaster siling yang terlalu rendah agar ruang boleh kelihatan tinggi. Jika ingin menggunakan cornice pilihlah design yang ringkas dan tidak keterlaluan.

8.       Gunakan warna-warna pastel yang lembut untuk kabinet. Jika ingin menggunakan warna terang aplikasikan warna tersebut pada pintu kabinet tertentu sahaja untuk menyerlahkan ruang tersebut.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.607187.1483604326!/image/image.jpg

9.     Elakkan menggunakan terlalu banyak warna.

10.   Elakkan meletakkan terlalu banyak aksesori atau hiasan tambahan di dapur. Simpan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kabinet supaya ruang kelihatan sentiasa bersih dan kemas.