Ketuhar juga perlu di bersihkan walaupun ada kalanya kita tidak nampak kotorannya. Namun tanpa kita sedar ada kalanya kotoran tersebut boleh mengeluarkan bau hapak hingga menjejaskan masakan kita. Bagaimanakah cara terbaik untuk pastikan kotoran tersebut hilang? Ini tip yang boleh anda cuba. Ambil setengah cawan serbuk baking soda dan campurkan dengan sedikit air dalam tiga sudu besar. Gaulkan sebati. Lumurkan adunan tersebut pada keseluruhan bahagian dalam ketuhar. Ia akan bertukar perang apabila terkena tempat yang berminyak dan biarkan semalaman. Paling tidak selama 12 jam. Keesokan harinya kupas kepingan baking soda yang telah kering sebersih mungkin. Gunakan semburan cuka bagi menanggalkan kepingan adunan yang degil. Lap dengan kain lembap dan ulangi proses tersebut jika masih ada lagi kepingan degil yang enggan keluar.  Gilap sehingga berkilat dan biarkan kering.