Kali ni jom ubah dari tembok pagar ke pokok renek. Impiana kongsi cara penyediaan dan penanaman pokok renek yang sebenarnya semua boleh buat. Kenapa nak belanja lebih kan?

 

1.Tentukan spesies renek yang digemari. Ketinggian spesies untuk dijadikan pagar sebaiknya bersaiz tidak lebih daripada 60 cm.

2.Sediakan lubang. Seeloknya lubang digali 30 cm dari garis sempadan supaya tidak mengganggu kawasan jiran sebelah. Tanah campuran yang mudah diperoleh dari tapak jualan pokok-pokok (nurseri) boleh digunakan untuk mengisi lubang siap digali.

3.Pokok dikeluarkan dari beg plastik dan ditanam dalam dua barisan secara zig-zag dengan jarak 50 cm di antara satu sama lain. Saiz lubang  adalah 0.3m dalam  x 0.5m lebar x  panjang mengikut dikehendaki.

4.Pokok disiram dua kali sehari. Pastikan kuantiti air tidak berlebihan supaya pokok tidak mudah reput.

5.Biarkan pokok mencapai tinggi maksimum yang dikehendaki, Lakukan cantasan secara sedikit-sedikit supaya pokok tidak tumbuh terlalu tinggi dan bagi mengekalkan bunga-bunga mereka.