Sebuah jar kaca boleh menjadi pelbagai fungsi untuk keperluan dapur. Untuk itu, Web Impiana kongsikan 8 idea menarik untuk anda kitar semual jar kaca yang sedia ada.

 

1.Menarik jar kaca di jadikan sebagai bekas simpanan sudu dan garpu di dapur. Lebih praktikal lagi apabila ia digantung di dinding. Bukan sahaja lebih kemas malah lebih menjimatkan ruang.

 

2.Kacang, gula-gula dan makanan kering antara yang boleh disimpan dalam jar kaca ini. Tanpa perlu menambah sebarang aksesori, warna atau hiasan di jar kaca tersebut sebaliknya hidangkan terus di atas meja sudah nampak cantik dan tersusun kemas.  

 

3. Ini agak jarang-jarang dilihat tetapi ia amat menarik apabila Jar kaca di gunakan sebagai pasu untuk tanaman herba anda di dapur ataupun boleh juga dijadikan sebagai vas untuk pokok hiasan. Sejuk mata memandang. 

Foto: Domestically speaking.com

 

4. Bekas menyimpan rempah ratus anda. Bagi tampak lebih menarik anda boleh labelkannya.

Foto: dwellingsbydevore.com

 

5.Mahukan kelainan untuk tetamu jemputan barbeku anda hujung minggu ini. Bekas sos dan mayonis daripada jar kaca ini idea yang memang superb dan anda boleh cuba. 

 

Foto: Adoseopaige.com

 

6.Sekiranya ada yang sedang merancang untuk mengadakan majlis hari jadi untuk anak-anak. Boleh lah cuba idea ini. Gunakan jar kaca sebagai gelas dan ceriakannya dengan warna-warni.  Pasti meriah terutama apabila anak-anak mula memilih warna kesukaan masing-masing.

 

7.Ingin rasa lebih kreatif lagi?  Anda boleh cuba hasilkan lampu gantung menggunakan jar kaca seperti ini. Memang hebat ideanya malah sangat sesuai buat anda yang sukakan benda-benda yang rare.

 

 Foto: Nest Of Blis

 

8.Bekas tisu pun boleh dihasilkan menggunakan jar kaca seperti ini. Namun untuk nampak lebih menarik tambahkan motif atau warna pada jar kaca tersebut.

Foto: landeelu.com