Pasti ramai yang kagum dengan kediaman mewah yang tersergam indah. Anda juga mampu untuk merubah kediaman agar tampak mewah dan eksklusif. Bagaimana? Tidak perlu meniru 100 peratus gaya mewah yang biasanya dilihat di kaca televisyen atau di majalah-majalah dekorasi kediaman, hanya ada 10 perkara penting yang perlu ditekankan bagi memastikan ruang tampil elegan dan bergaya. Jom lihat kesemua panduan yang ingin WEB IMPIANA kongsikan ini.

 

 

1. Penggunaan lampu chandeliar yang tidak perlu mahal, namun masih mengekalkan rekaan yang eksklusif dan elegan.    

 

 

2. Langsir di gantung tinggi menutupi keseluruhan tingkap dan pintu sliding

 

 

3. Warna putih mendominasi ruang dan diberikan sedikit suntikan warna yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

 

 

4. Vas yang anda boleh beli di kedai biasa sahaja tetapi pilih bentuk dan warna yang nampak mahal. Kemudian aturkannya di ruang yang sesuai.

 

 

5. Tambahkan seri di meja kopi dengan botol-botol kaca yang menarik dah hiasan yang esklusif seperti cengkerang ini.

 

 

6.Gubahan bunga segar pastinya mampu merubah ruang tampil istimewa dan segar.

 

 

7. Jam dengan reka bentuk yang unik memberikan tarikan pada setiap mata yang memandang.  

 

 

8. Kusyen pelbagai warna, motif dan material menambah seri pada sofa polos. Namun hati-hati jangan terlalu sarat bimbang nampak murah.

 

 

9. Lukisan asli yang mempunyai aura yang tersendiri.

 

 

10. Kertas dinding dengan motif garis lurus bukan sahaja memberikan ilusi luas pada ruang malah nampak kemas dan sesuai untuk semua konsep.