Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi. Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman, namun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.
Konkrit yang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalakan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi.
Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan. Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi.
Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.
(GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki  (GAMBAR) Perabot & Aksesori Material Simen Yang Wajib Anda Miliki 
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI