Rumah ini bukanlah rumah sendiri yang diubah suai tapi rumah sewa yang ditukar menjadi sebaik ini. Jarang sekali kita nak jumpa penyewa yang sanggup mencantikkan lagi rumah yang didiami tanpa meminta pemilik membayar balik hasil make over rumah. Tetapi bagi pemilik, Aizuddin Akhsan ini adalah caranya untuk membalas budi pemilik yang sanggup menyewakan rumah semurah ini. Menjadikan rumah hujung minggu, baginya tidak ada yang perlu di rugikan kerana yang penting adalah keselesaanya bersama keluarga. Ini yang dikongsikan Aizuddin Akhsan tentang rumah ini :

Nak kongsi dari Reban Jadi Rumah::

Ni rumah sewa yg hnya sy duduk hujung minggu. Segala ubahsuai buat sendiri dgn badget min yg boleh. Rumah di biarkan lapang mudah ank kecik sya bermain bebas.. Baru start masuk lpas bulan 8. Walaupun sewa start bulan 4. Buat cikit-cikit ada duit buat xde diam..

Sewa RM250 mahal ke x?

INI TIP DEKO RUMAH SEWA DARI IMPIANA

1. Tentukan konsep pilihan yang diminati oleh suami dan isteri. Inggeris, moden, loaf, scandinavian dan lain-lain. Jika kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza maka bincanglah dan buat konsep mix dan match.

2. Rajin-rajin rujuk majalah dekorasi, mencari idea secara online atau offline.

3. Beli keperluan utama dahulu seperti peti ais, meja makan, sofa, tv, dapur dan katil. Kemudian barulah mula mencari keperluan hiasan untuk mencantikkan  rumah.

4. Setiap hujung minggu anda suami-isteri mesti rajin ke kedai perabot, shopping mall dan juga ekspo dekorasi untuk mencari idea dan juga survey harga. Adakalanya jika bernasib baik anda akan terjumpa tawaran yang tidak masuk akal.

5. Mesti rajin DIY olah semula perabot terpakai atau benda terbuang dan ditukarkan menjadi salah satu elemen dekorasi yang menarik.

6. Mesti rajin mengemas rumah bagi memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selesa barulah rumah jadi tenang umpama ‘RUMAHKU SYURGAKU”.

7. Barang-barang hobi juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah atau sebagai hiasan dinding. Contohnya gantungkan papan karom, lukisan yang dicat sendiri dan sebagainya.

8. Ada perabot yang boleh dibeli secara online tetapi dengan harga yang murah. Anda kena rajin membuat perbandingan harga. Kedai online yang berpangkalan di China juga banyak menawarkan perabot harga murah. Cuma anda sanggup tunggu lama atau tidak untuk proses shipment.

9. Jika ingin kurangkan belanja maka lebih baik cat sendiri kediaman. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi anda dapat jimat beratus-ratus ringgit.

10. Untuk bahagian dapur beli bekas makanan dari warna dan jenis yang sama untuk kelihatan seragam.

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: